Connect with us

Oh! Media

Menantu Zainal Abidin Dakwa Dihalang Jumpa Anak Dengan Suami, Fail Cerai Di Mahkamah

zainal abidin

Oh! Artis

Menantu Zainal Abidin Dakwa Dihalang Jumpa Anak Dengan Suami, Fail Cerai Di Mahkamah

Bukan hanya masalah kahwin dua bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan yang kecoh tetapi masalah keluarga anak dan menantunya juga menjadi kecoh ketika ini.

ADVERTISEMENT

BACA: “Aku Diam Tapi Kau Provoke” – Menantu Zainal Abidin Dedah Kemelut Rumah Tangga

Terbaru, menantu perempuannya, Suzur Sofia telah tampil mendedahkan masalah keluarga yang dihadapinya bersama suami, Mohd Zaiza Zainal Abidin. Sekarang dia mendakwa pula telah dihalang untuk berjumpa dua orang anak mereka yang masih kecil.

Dakwa mental didera suami…

Hati saya sangat sedih kerana sebelum ini sudah biasa dengan anak-anak. Sekarang pergi kerja pun tak tahu khabar mereka.

Bila bertanya khabar tentang anak-anak, saya hanya mahukan jawapan tentang hal tersebut. Janganlah jawab perkara yang tidak sepatutnya dan cuba mengelak.

Saya penat sebab kerja. Janganlah dera mental saya. Tolonglah beri kerjasama. Saya hanya mahu berjumpa anak-anak.

Suzur Sofia difahamkan telah memfailkan penceraian pada 5 Januari lalu namun enggan mendedahkan punca masalah keluarga timbul.

Saya ini seorang mualaf, keluarga pula jauh di Miri, Sarawak. Jadi memang tiada siapa di sini. Selama ini saya bertahan dalam perkahwinan sebab anak-anak.

Untuk pengetahuan, mereka berdua berkahwin pada 5 januari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6 tahun dan Seri Zayana, 2 tahun.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas