Connect with us

Oh! Media

Siri Televisyen Harry Potter Akhirnya Telah Umum Secara Rasmi

Ohmedia harry Potter

Oh! Artis

Siri Televisyen Harry Potter Akhirnya Telah Umum Secara Rasmi

Siapa di sini peminat setia buku dan filem Harry Potter? Ada berita baik untuk anda semua. Harry Potter telah umum secara rasmi akan mengeluarkan siri televisyen berdasarkan buku itu untuk saluran Max, Warner Bros sebagai platfrom penstriman.

Siri televisyen ini akan dibarisi beberapa pelakon baharu dan diberi komitmen selama 10 tahun.

Dalam pada itu, setiap musim rancangan itu akan berkisahkan salah satu buku dalam francais dengan Warner Bros.

IKLAN

Namun, dimaklumkan juga bahawa 10 tahun tidak semestinya ia akan menjadi 10 musim. Siri televisyen Harry Potter hanya akan dimainkan dalam tempoh satu dekad.

Jpg 20230413 121932 0000

Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kandungan HBO & Max, Casey Bloys, mereka berbesar hati untuk memberikan peluang kepada penonton untuk menemui Hogwarts dengan saluran yang baharu.

Harry Potter adalah fenomena budaya dan jelas terdapat cinta dan dahaga yang berkekalan untuk Dunia Sihir.

Dengan kerjasama Warner Bros. Television dan J.K. Rowling, siri Max Original baharu ini akan menyelami setiap buku ikonik yang terus dinikmati peminat selama ini.

Tambahan, saluran Max akan menyiarkan bersama dengan Brontë Film and TV dan Warner Bros. Television.

J.K.Rowling akan menjadi Penerbit eksekutif bersama Neil Blair dan Ruth Kenley-Lets.

Komitmen Max untuk memelihara integriti buku ini adalah penting dan saya tidak sabar-sabar untuk menjadi sebahagian daripada adaptasi baharu ini yang akan membolehkan tahap kedalaman dan perincian yang hanya diberikan oleh siri televisyen berbentuk panjang.

Akhirnya, selepas bertahun-tahun pengumuman ini telah menamatkan spekulasi sama ada Dunia Sihir Harry Potter akan membuat peralihan kepada TV atau tidak.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas