Connect with us

Oh! Media

“Sikit-Sikit Nak Tag Si ‘Arwah’…” – Rita Rudaini Bengang! Anak Yang Sebelum Ini Raih Anugerah Patah Tangan

rita rudaini

Oh! Artis

“Sikit-Sikit Nak Tag Si ‘Arwah’…” – Rita Rudaini Bengang! Anak Yang Sebelum Ini Raih Anugerah Patah Tangan

Sebelum ini, Ohmedia ada laporkan tentang anak sulung kepada pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin yang memperoleh Anugerah Pengetua dengan keputusan cemerlang di MRSM Ulul Albab, Gemencheh. Berita itu membanggakan buat Rita sekeluarga dan rakyat Malaysia juga tumpang gembira.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, baru-baru ini Rita berkongsi tentang anaknya itu yang patah sebelah tangan dalam insiden yang berlaku minggu lalu. Rayyan dikatakan mengalami kecederaan itu pada hari pertama persekolahan sebaik selesai cuti Hari Raya.

Rayyan tertekan sebab hanya sebelah tangan sahaja boleh digunakan…

Kejadian minggu lepas… hari pertama sekolah. Selepas cuti hari raya, Isnin hantar sekolah, Selasa dah patah tangan. Terima kasih pada mereka yang mendoakan Ryan dan Hospitak Tampin.

Rayyan kadang-kadang down, emosi tak tentu juga. Kadang dia okey banyak cakap, kadang tak nak bercakap langsung. Tertekan sebab sebelah tangan je boleh guna, susah untuk dia bergerak.

Rita Rudaini bengang netizen selalu tag dan tanya mana bekas suami…

Disebabkan perkongsian itu juga, rata-rata netizen meninggalkan komen tentang keberadaan bekas suaminya, Aidil Zafuan. Perkara itu membuatkan Rita rimas dan meminta orang ramai untuk berhenti mengaitkan dirinya dengan bekas suami lagi.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas