Connect with us

Oh! Media

“Siapa Salah Siapa Betul Tak Payah Jadi Tontonan Sekalian Alam” – Sharnaaz

Oh! Artis

“Siapa Salah Siapa Betul Tak Payah Jadi Tontonan Sekalian Alam” – Sharnaaz

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman menerusi platform Telegram memberi penjelasan mengenai isu kontroversi melibatkan pasukan Ustaz Ebit Lew ke Gaza baru-baru ini. Nadir Al-Nuri berkata, beliau tidak pernah menyimpan sebarang perasaan dengki terhadap ikon terkenal negara itu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Tak Pernah Simpan Perasaan Dengki, Iri Hati” – Nadir Al-Nuri Buka Mulut Jawab Kecaman Netizen

Pelakon, Sharnaaz Ahmad di Instagram turut memberi respon terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan ini. Sharnaaz berpendapat, isu ini seharusnya dibincang dengan baik tanpa melibatkan sebarang pendedahan di media sosial.

sharnaaz ahmad

Katanya, pertelingkahan yang berlaku hanya memburukkan nama negara. Sesiapa yang salah atau benar tidak perlu menjadi bahan tontonan umum.

Menurut pelakon ini, dia juga pada suatu ketika dahulu turut berperangai emosi seperti Caprice. Namun, dia menjadikan masa muda itu sebagai pengalaman untuk menjadi lebih matang.

sharnaad ahmad sound caprice
sharnaaz ahmad

Malah, pelakon Isteri Misteri ini menyeru Tuan Nadir, Ustaz Ebit Lew dan Caprice untuk duduk berbincang mengenai permasalahan yang timbul.

Dia secara peribadi tidak mahu mengetahui siapa yang bersalah. Sebaliknya menyedari ketiga-tiga nama itu membawa imej negara dan agama.

Kredit: Sharnaaz Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas