Connect with us

Oh! Media

“Siapa Bertanggungjawab Untuk Storyboard, Skrip, Shoot Dan Edit?” – Harith Iskander

Oh! Artis

“Siapa Bertanggungjawab Untuk Storyboard, Skrip, Shoot Dan Edit?” – Harith Iskander

Mac lalu, pelakon popular Zul Ariffin mencetuskan kontroversi apabila memuat naik adegan panas petikan drama terbaharu lakonannya berjudul Perempuan Itu di Instagram.

ADVERTISEMENT

Tindakan pelakon itu menyebabkan dia disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

BACA: “Yang Lain Semua Malaikat, Saya Sorang Je Tak” – Zul Ariffin

Tidak mahu memanjangkan isu, Zul membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang dan dikenakan hukuman denda RM 30,000.

Terbaru, pelawak dan pelakon popular, Harith Iskander mempersoalkan siapakah yang bertanggungjawab untuk jalan cerita, skrip, penggambaran dan suntingan drama tersebut.

Meluahkan rasa keliru dengan apa yang berlaku, Harith mempersoalkan mengapa final version diberikan kepada pelakon jika pihak produksi tidak mahu ianya dimuat naik.

Harith Iskandar memohon seseorang menjelaskan kekeliruan yang timbul itu. Di ruangan komen, orang ramai turut meluahkan rasa yang sama.

Dalam masa yang sama mereka memuji sikap ‘jantan’ Zul Ariffin yang berani mengakui kesalahan sendiri.

Kredit: Instagram Harith Iskander

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas