Connect with us

Oh! Media

Shuk Sahar Buka Mulut, Dedah Perkahwinan Belum Berdaftar

shuk sahar

Oh! Artis

Shuk Sahar Buka Mulut, Dedah Perkahwinan Belum Berdaftar

Nama Shuk Sahar sekali lagi menjadi perhatian apabila rumah tangganya bersama Fara Salleh didakwa bermasalah.Pelawak itu dikatakan mengabaikan isterinya sehingga timbul dakwaan dia membiarkan Fara dalam keadaan gantung tak bertali.

Dalam satu temu bual bersama Melodi TV3, Shuk tampil menjelaskan situasi sebenar dan menafikan dakwaan tersebut.

Shuk Sahar dedah perkahwinan dengan Fara Salleh belum berdaftar…

shuk sahar fara

Tak adalah saya nak biarkan isteri gantung tak bertali sebab kalau betul dia dah failkan cerai, saya tunggu juga surat dari mahkamah.

Cuma itulah, kalau perkahwinan kami pun belum berdaftar, macam mana nak failkan sesuatu di mahkamah.

Menurut Shuk, dia tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa kerana khuatir akan menyesal kelak.

IKLAN

Pada saya, saya tak mahu buat apa-apa keputusan sekarang sebab kalau saya buat, ketika itu mungkin saya dalam keadaan yang tak okey. Jadi, saya taknak menyesal di kemudian hari.

Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa dia tidak mengakui kandungan Fara sebagai anaknya, Shuk meminta agar bukti dikemukakan jika benar dia pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Saya tak pernah pun keluarkan ayat isteri beban dan kawan yang beri rezeki. Saya minta keluarkan satu bukti yang saya cakap anak itu bukan anak saya. Tak ada bukti tau, sebab itu saya diamkan saja.

Masih sayangkan isteri tapi ada hadnya…

shuk sahar fara salleh ohmedia

Di akhir temu bual, Shuk mengakui masih menyayangi isterinya, namun menegaskan bahawa perkahwinan memerlukan usaha dari kedua-dua belah pihak.

Saya ini bukannya bodoh sangat. Kalau betul saya tak sayang anak, cari anak-anak saya tanya macam mana saya dengan mereka. Sudah tentu saya sayangkan isteri tetapi saya pun ada ‘limit’.

Kalau perkahwinan dulu gagal itu sebab saya yang gagal tapi perkahwinan yang sekarang ini, usaha itu bukannya datang dari sebelah pihak saja.

Ia perlu dari kedua-dua belah pihak tapi kalau sebelah pihak saja yang berusaha tak akan jadi apa-apa.

Sebelum ini, Fara mendakwa Shuk seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan lebih mengutamakan kawan-kawannya berbanding keluarga.

shuk sahar

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Melodi TV3


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas