Connect with us

Oh! Media

“Dasar Pengecut” – Fara Salleh Dedah Shuk Sahar Ceraikan Dirinya Melalui Telefon Di Siam

fara salleh

Oh! Artis

“Dasar Pengecut” – Fara Salleh Dedah Shuk Sahar Ceraikan Dirinya Melalui Telefon Di Siam

Nampaknya rumah tangga pelawak Shuk Sahar kembali jadi perhatian hangat di media sosial selepas isterinya, Fara Salleh membuat pendedahan yang cukup mengejutkan.

BACA: “Kau Hina Cakap Aku Mengandung Anak Haram” – Isteri Shuk Sahar Dedah Konflik Rumah Tangga

IKLAN

Dalam perkongsian di Instagram Story, Fara mendedahkan diceraikan dengan talak satu oleh Shuk Sahar hanya menerusi panggilan telefon.

Urusan cerai di Siam, Fara kata Shuk Sahar lari dari tanggungjawab

Lebih mengejutkan, panggilan itu didakwa dibuat Shuk Sahar dan agensi pernikahan di Thailand.

Perkara tersebut membuatkan Fara bengang menyatakan Shuk enggan menceraikannya di Malaysia kerana takut akan tuntutan nafkah dan tanggungjawab terhadap anak yang sedang dikandung.

Dasar penakut Shuk Sahar. Hahahahaha takut ke nak cerai kat Malaysia? Takut aku tuntut nafkah selama ni yang culas ke? Takut bagi nafkah kat anak sah kau ni ke?

Dakwa Fara lagi, walaupun ada pihak tertentu cuba ‘menghasut’ untuk proses cerai dijalankan di luar negara, dia tetap akan teruskan tindakan sah di Malaysia bagi mendapatkan keadilan dan pengesahan undang-undang.

“Dari awal mengandung, dia tak pernah suka aku mengandung”

Lebih memilukan, Fara turut mendakwa Shuk langsung tidak menyokong kehamilannya sejak dari awal, bahkan pernah menyuruhnya membuang pregnancy test kerana dianggap kotor.

Malah, dia juga mendakwa Shuk pernah menuduh anak mereka sebagai anak haram sewaktu berada di Paris.

fara salleh

Dalam luahan penuh emosi itu, Fara turut menyindir pihak-pihak yang masih menyokong Shuk dan berharap mereka gembira melihat apa yang sedang berlaku.

Setakat ini, Shuk masih belum memberikan sebarang respon berhubung dakwaan yang dibuat oleh isterinya itu.

Kredit: Instagram Fara Salleh
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas