Oh! Artis
“Kau Hina Cakap Aku Mengandung Anak Haram” – Isteri Shuk Sahar Dedah Konflik Rumah Tangga
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh kembali menjadi perhatian selepas berkongsi luahan kecewa di Instagram Story.
Dalam perkongsian itu, Fara dilihat berada di wad dan suaminya didakwa langsung tidak menjenguknya. Fara mempersoalkan adakah Shuk terlalu sibuk sehingga mengabaikan anak yang dikandungnya.
“Saja nak tanya seronok tak lepak tu?” – Fara Salleh

Ujar Fara Salleh lagi, sesuatu telah berlaku sehari sebelum pendarahan dalam rahim yang dialaminya. Namun, wanita ini tidak menceritakan kejadian tersebut secara terperinci.
Saja nak tanya seronok tak lepak tu sampai tak nampak batang hidung selama aku masuk wad ni. Tau tak anak okay ke tak? Tau tak doc ada cakap apa? Tau tak risiko apa aku hadap bawak anak kau ni?
Fara juga telah memetik beberapa nama dipercayai rakan kepada suaminya itu. Tak cukup dengan itu, Fara juga meminta dirinya tidak diprovokasi menggunakan telefon pembantu rumah.
Wanita ini berkata, dalam keadaan begini dia sepatutnya mendapat sokongan bukannya provokasi.

Tidak berhenti di situ, Fara kemudiannya memuat naik satu luahan panjang berterima kasih kepada Shuk kerana mengeluarkannya dari kumpulan bisnes.
Dalam hantaran itu, dia mendakwa pernah dihina ketika berada di Paris dan dipanggil dengan gelaran yang tidak sepatutnya.
Fara bongkar Shuk Sahar hina ketika di Paris

Makanlah segala rezeki anak bini Allah bagi pada kau tu… In shaa Allah aku boleh cari duit sendiri untuk prepare barang anak dan bersalin nanti. Lagipun masa kat Paris haritu kau hina cakap aku mengandung anak haram panggil aku jalang… Aku tak takut hilang kau…
Dia juga menyindir bahawa individu tersebut kini bebas menjalani kehidupan seperti biasa tanpa mempedulikan dirinya.

Kenyataan ini seakan memberi bayangan bahawa hubungan mereka sememangnya telah lama bermasalah sebelum Fara akhirnya disingkirkan daripada kumpulan bisnes tersebut.

#ApaKataOhmedia
Alahai apa lagi konflik rumahtangga Shuk Sahar ni? Diharapkan semoga pasangan ini dapat menyelesaikan isu dengan baik dan secara tertutup.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Fara Salleh