Connect with us
Shuib

Oh! Artis

Shuib Jawab Kenapa Uwais Pakai Baju Tak Sedondon Ketika Majlis Pertunangan Bersama Watie

Pelawak dan penyampai radio Shuib telahpun selamat bertunang dengan kekasih hatinya dikenali sebagai Watie Hanifah dalam satu majlis tertutup di Shah Alam, Selangor pada Sabtu lepas.

BACA : “Allah Pencipta Langit Dan Bumi, Bila Dia Berkehendak..” – Respon Shuib Lepas Sah Tunang Dengan Watie

IKLAN

Majlis penuh meriah dihadiri keluarga rapat kedua-dua belah keluarga itu menjangkakan pasangan ini bakal melangsungkan pernikahan pada 23 Jun depan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shuib memuat naik satu foto ketika majlis pertunangannya bersama Watie.  Anak sulung Shuib, Uwais Alqarani kelihatan tidak berpakaian sedondon dengan ahli keluarga yang lain dan perkara itu telah menjadi tanda tanya netizen. 

Menerusi laporan dari sebuah portal hiburan, Shuib dikatakan telah tampil dan beri penjelasan tentang pertanyaan itu menerusi satu sesi live di Tiktok miliknya. 

Ramai orang tanya saya, kenapa gambar tunang saya itu Uwais dia seorang sahaja pakai baju warna merah. Betul, kenapa dia baju tak sama dengan kita orang.

Semua orang tengah tanya saya ni, kenapa baju Uwais tak sama? Kenapa Uwais tak pakai baju yang tak sedondon. Cuba korang teka dahulu kenapa.

Kenapa baju Uwais tak sedondon dengan kitaorang sebabnya tak muat baju dia. Saya dah buatkan dah, kan raya dua minggu je kan. Masuk buntut pun tak muat dah, pakai seluar pun tak muat.

Itu sebabnya dan bukanlah seperti apa yang dikatakan netizen yang mengatakan warna tersebut dipakai Uwais kerana merupakan warna kegemaran ibunya.

Apapun, kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini dan semoga dipermudahkan segala urusan dikemudian hari.

Kredit: Portal Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas