Connect with us

Oh! Media

Pelanggan Maki Suruh Tutup Kedai Kerana Macau Scam, Shuib Harap SPRM Dapat Beri Penjelasan

Oh! Artis

Pelanggan Maki Suruh Tutup Kedai Kerana Macau Scam, Shuib Harap SPRM Dapat Beri Penjelasan

Siapa je yang tak kenal dengan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu? Nama Shuib kembali naik baru-baru ini selepas dia buat pengumuman akan mengundurkan diri daripada menjadi penyampai radio di Hot FM.

ADVERTISEMENT

Bukan itu je, Shuib juga dikhabarkan berhenti sekejap dari terlibat dalam Sepahtu Reunion Live 2020. Uish, dah taknak terlibat dengan dunia seni dah ke, Shuib? Rupa-rupanya, Shuib pause sekejap sebab nak beri fokus pada perniagaannya. Yelah, Shuib kan ada usahakan perniagaan minuman Bubble Bee.

Shuib akui, dia memang ada rasa kelam kabut bila buat banyak benda dalam satu masa yang sama. Jadi walaupun bidang dalam dunia seni merupakan sesuatu yang dia minat, tapi dia perlu berkorban demi kebaikannya sendiri dan keluarga di masa depan.

“Ia bukan disebabkan saya terbabit kontroversi sepanjang tahun lalu. Tapi sebab saya nak beri tumpuan pada perniagaan yang kini semakin berkembang. Saya nak berehat sebentar termasuk komitmen dalam Sepahtu sebab kalau dalam perniagaan kesilapan terbesar adalah terlalu banyak perkara nak dibuat secara serentak.” – katanya.

Bercerita tentang perniagaan Bubble Bee yang pernah terpalit dengan kontroversi Macau Scam sampaikan ada outlet yang diarahkan tutup, Shuib menyatakan yang dia memang dah bebas dari sebarang tuduhan. Bahkan, Shuib berharap supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat keluarkan kenyataan untuk membersihkan namanya.

“Saya dalam proses meminta SPRM keluarkan surat yang menyatakan saya atau nama Bubble Bee tidak ada kaitan lagi dalam siasatan.” – katanya lagi.

Kalau ikutkan, Shuib dipanggil ke ibu pejabat SPRM pun hanya sekadar untuk beri keterangan. Mana ada sebarang permohonan reman pun dibuat ke atas Shuib. Tapi biasalah netizen, bila dah kena panggil dengan SPRM je, terus buat andaian yang Shuib dan Bubble Bee terlibat sekali dengan penggubahan wang haram.

Lagi teruk, ada customer yang sanggup pergi outlet Bubble Bee semata-mata nak maki Shuib dan suruh dia tutup kedai. Wah! Betul-betul Abang Long kawasan. Kes Macau Scam ini juga sedikit sebanyak telah menjejaskan perniagaan Shuib.

“Kes SPRM bukan kes kecil, ia jenayah kolar putih. Umum juga mula mengenali Bubble Bee daripada kes ni. Disebabkan hal ini, memang dari segi jualan kami ada penurunan.” – tambahnya.

Tapi sekarang, Shuib mengaku dia slowly cuba menaikkan semula nama Bubble Bee dalam kalangan masyarakat. Dia juga mengaku yang kontroversi tersebut telah bantu dia kenal realiti kehidupan, selain tahu siapa kawan dan siapa lawan di sekelilingnya.

Tahun ini juga, Shuib target untuk buka lebih kurang 100 cawangan di seluruh negara di samping memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai. Tambah-tambah pula dengan musim pandemik sekarang, ohmedia doakan semoga usaha murni Shuib untuk bantu orang ramai dipermudahkan.

Kredit: Malaysiakini, Gempak

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas