Oh! Artis
Shila Amzah Perjelas Sebab Ingin Jual Banglo Yang Didiami Keluarga
Rasanya ramai dah tahu sebelum ini terdapat perbalahan yang berlaku dengan adik-beradik penyanyi popular, Shila Amzah kerana dia mahu menjual banglo miliknya yang didiami keluarga.
Menurut laporan Harian Metro, Shila Amzah tampil menjelaskan yang dia mahu jual banglo itu untuk menjalani kehidupan lebih bersederhana dan tidak berlebihan.

Penyanyi itu bersama suaminya, Ubai juga dikatakan sudah membuat perancangan kewangan untuk hari tua yang bakal mereka jalani.
Kami juga mahu menjalani hidup yang sederhana dan memiliki ‘financial freedom’ (kebebasan kewangan) dan tak nak pening kepala.
Bukan tu jer, Shila juga akui yang dia bersama Ubai lebih selesa duduk di rumah yang kecil dari banglo sebelum ini.
Saya sudah sampai satu tahap tak kisah berapa harga yang dapat (nak jual) kerana mahu ‘move on’ dan hidup yang tenang.
Baguslah pasangan ni dah fikir kewangan untuk menjalani hari tua nanti. Semoga urusan Shila dan Ubai dipermudahkan.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM