Connect with us

Oh! Media

Shila Amzah Imbas Kembali Kisah Cinta Dengan Kekasih Lama Buat Netizen Kurang Senang

628b9e98 c12d 4288 8aa4 5336a410b67d

Oh! Artis

Shila Amzah Imbas Kembali Kisah Cinta Dengan Kekasih Lama Buat Netizen Kurang Senang

Rasanya ramai yang tahu bahawa penyanyi, Shila Azmah telah menjayakan konsert ‘Shila Amzah Journey To The Future. Live Tour’ yang berlangsung di Plenary Hall, KLCC baru-baru ini.

Tular satu video di Tiktok menunjukkan penyanyi lagu Patah Seribu itu sedang berbual bersama peminatnya sebelum membuat persembahan yang menceritakan kisah percintaannya sebelum ini yang menjadi inspirasi untuk dia cipta lagu.

Haa masa tu lah, bila dia layan I tak okay, so benda suka ke tak suka ke memang akan jadi lagu.

Dia juga mengatakan ramai yang ingin lihat dia bersama bekas kekasihnya yang tidak disebutkan namanya untuk kembali menjalinkan hubungan percintaan mereka.

IKLAN

So saya pun dah move on. Sekarang orang suruh dia balik dengan… it’s okay! nama saya tak disebutkan lagi! saya suka!

Ketika ingin menyanyikan lagu ‘Masih Aku Cinta’, Shila juga mengatakan yang dia terpaksa mengingati kembali perasaan sama seperti waktu itu.

Waktu tu je I rasa macam ni, tapi jap sekarang ni I kena ingat balik perasaan tu. Nak nyanyi lagu ni, I kena ingat balik.

Walau bagaimanapun, di ruangan komen ramai yang tidak selesa apabila Shila buka kisah cinta lamanya itu. Apa pandangan korang?

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas