Connect with us

Oh! Media

Shila Amzah Dedah Ibunya Terasa Hati Dengan Komen ‘Lantaklah’ Tentang Isu Bercerai

shila amzah

Oh! Artis

Shila Amzah Dedah Ibunya Terasa Hati Dengan Komen ‘Lantaklah’ Tentang Isu Bercerai

Penyanyi, Shila Amzah sebelum ini memilih untuk tidak mahu bercakap tentang masalah penceraian yang dihadapi ibu bapanya. Datin Fauziah kemudian dikatakan terasa hati dan menganggao respon Shila terlalu ‘kasar’.

ADVERTISEMENT

Perkara itu dimaklumkan Shila sendiri dalam satu siaran langsund di Instagram dan turut menjelaskan dia tidak bermaksud untuk berkasar.

Bila Sha guna perkataan ‘lantaklah’ tu kan, sebab sejujurnya kita (anak) memang dah penat. Sebab orang asyik bertanya kepada saya (tentang perceraian).”

Shila turut mengakui sebagai anak dia sedih dengan perpisahan itu namun bersedia dengan apa jua kemungkinan dan keputusan.

Sebagai anak sulung, saya paling nampak segala yang berlaku dalam kehidupan rumah tangga (ibu bapa).

Kehadiran suami tercinta, Ubai turut diakui Shila banyak membantu dirinya melalui ujian, kesukaran dan kesedihan. Mereka berbagi rasa dan menenangkan satu sama lain ketika sedang bersedih selepas ujian yang bertimpa-timpa membabitkan kematian dan perceraian.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas