Connect with us

Oh! Media

Sharnaaz Ahmad Putus Dengan Azira Shafinaz?

Sharnaaz Ahmad

Oh! Artis

Sharnaaz Ahmad Putus Dengan Azira Shafinaz?

Pelakon Sharnaaz Ahmad memang sedia maklum sering saja mencuit hati peminat dengan gaya bersahajanya ketika bersiaran langsung di Instagram Live bersama rakan artisnya yang lain.

ADVERTISEMENT

BACA : “Sebagai Orang Lebih Matang, Aku Minta Maaf” – Sharnaaz Mengaku Gurauan Agak Keterlaluan

Terbaru, ketika dia bersiaran di Instagram bersama pelakon Shukri Yahaya, tiba-tiba sahaja muncul dakwaan bahawa Sharnaaz kini sedang ‘mengorat’ pelakon Fify Azmi.

Di ruangan komen IG Live tersebut juga penuh dengan komen-komen ditinggalkan peminat yang menyebut nama Fify malah pelakon wanita itu turut dikatakan menonton Live tersebut.

Meskipun Sharnaaz tidak menyebut nama mana-mana selebriti, tapi agaknya sudah ramai peminat yang dapat menekanya.

Ketika menjengah di laman Instagram Fify, pelakon drama Ratu Ten Pin ini juga ada memuat naik gambar pada hari yang sama seolah-olah memberi bayangan mengenai dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, peminat juga turut tertanya-tanya mengenai gosip Sharnaaz yang kononnya bercinta dengan Azira Shafinaz.

Betul ke tengah bercinta tu? Jangan apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran sudahla ya!

Kredit: Instagram Sharnaaz Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas