Connect with us

Oh! Media

“Sebagai Orang Lebih Matang, Aku Minta Maaf” – Sharnaaz Mengaku Gurauan Agak Keterlaluan

Oh! Artis

“Sebagai Orang Lebih Matang, Aku Minta Maaf” – Sharnaaz Mengaku Gurauan Agak Keterlaluan

Nama pelakon, Sharnaaz Ahmad menjadi bualan hangat apabila dia dikatakan menyindir penyanyi rap, Caprice dalam sesi live di Instagram bersama Shukri Yahya, malam tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dari Jauh Je Berani Sotong” – Caprice Balas Sindiran, Sharnaaz Ahmad Ajak Jumpa

Memberi respon kepada sindiran itu, Caprice menganggap pelakon tersebut hanya berani dari jauh. Malah, dia turut menggelar Sharnaaz sebagai ‘sotong’.

Terbaru, Sharnaaz menerusi hantaran di Instagram Story berkata dia akan menyelesaikan perkara ini dengan baik.

InsyaAllah, aku dan Caprice akan selesaikan benda ini secara elok di belakang. Dari pihak aku, apa gurauan aku daripada awal, dia di Jordan sampai sekarang mungkin agak keterlaluan.

Aku sebagai orang yang lebih matang memohon maaf. Selain daripada itu, terpulang kepadanya. Tetapi urusan ini biarlah aku selesaikan sendiri dengannya.

Dia mengaku gurauannya berkenaan isu Caprice ke Jordan untuk misi kemanusiaan sebelum ini mungkin agak keterlaluan.

Oleh itu, sebagai seorang yang lebih dewasa pelakon ini memohon maaf kepada Caprice. Namun semuanya terpulang kepada penyanyi berkenaan sama ada ingin memaafkan atau pun tidak.

Tidak mahu memanjangkan isu, Caprice nampaknya menerima permohonan maaf yang dibuat Sharnaaz itu. Dia turut sama memohon maaf sekiranya ada terlebih kata di hantaran sebelum ini.

Kredit: Instagram Sharnaaz Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas