Connect with us

Oh! Media

Shahrol Shiro Angkat Sumpah Sebagai Ahli MPK, Janji Selesaikan Masalah Gajah Liar

shahrol shiro

Oh! Artis

Shahrol Shiro Angkat Sumpah Sebagai Ahli MPK, Janji Selesaikan Masalah Gajah Liar

Nama pelawak, Shahrol Shiro yang sebelum ini dihimpit beberapa kontroversi kini telah diangkat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kluang, Johor 2022/2023.

ADVERTISEMENT

Shahrol yang sudahpun berhenti dari dunia hiburan dan kini terlibat dalam dunia politik nampaknya membuahkan hasil apabila diberikan kepercayaan oleh MPK.

Pelantikan itu dikongsikan Shahrol di Instagram yang menunjukkan ketika majlis pelantikan.

Tangan ringan angkat sumpah tapi…

Tangan kita ringan semasa mengangkat sumpah tetapi tanggungjawab dan amanah yang dipikul amat berat. Semoga barisan ini dapat bergerak bersama memberi manfaat penduduk Kluang. Kepada Allah kita berserah.- Tulisnya.

Masalah gajah liar akan diselesaikan..

Shahrol dalam pada itu turut menyatakan janjinya untuk menyelesaikan isu gajah liar yang kerap berlaku dari dulu lagi di kawasannya.

Walaupun sudah lama berlaku kejadian seperti ini, namun masih belum ada tindakan konkrit dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk syarikat yang bertanggungjawab membina kawasan kediaman ini.

Jika sebelum ini kumpulan gajah berkenaan hanya mengganggu tanaman yang ditanam di pinggir kawasan kediaman berkenaan, namun sejak akhir-akhir ini gajah sudah berani untuk masuk lebih dekat ke rumah penduduk.

Pelawak berusia 38 tahun ini turut meluahkan kebimbangannya jika berlaku provokasi dari penduduk yang akan membuatkan kumpulan gajah ini mengamuk. Lebih merisaukan jika berlaku kemalangan hingga menyebabkan kematian katanya.

Apapun tahniah diucapkan kepada Shahrol dan semoga dapat berkhidmat dengan baik.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas