Connect with us

Oh! Media

Shahrol Minta Stesen Radio Jadi Profesional Tapi Komen Ajak Shiro Pula Jadi Perhatian

Cover Photo Om 1200 X 675 35

Oh! Artis

Shahrol Minta Stesen Radio Jadi Profesional Tapi Komen Ajak Shiro Pula Jadi Perhatian

Sebelum ini, Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin ada menyatakan rasa terkilan dengan penyampai radio, Fizi Ali berhijrah ke stesen radio lain yang dikatakan dibuat pada saat akhir.

Katanya, tindakan Fizi itu menyebabkan pihaknya perlu menanggung kerugian sehingga RM50,000 kerapa perlu merombak kerja-kerja promosi Jelajah 90 Suria.

Terbaru, pelawak yang kini bergiat aktif dalam bidang politik, Shahrol meminta stesen radio itu supaya profesional dan tidak mengeluarkan kenyataan berbaur negatif mengenai penyampai radio yang pernah berkhidmat di situ.

IKLAN

Dalam hantaran di Instagram itu, Shahrol turut mengaitkan isu yang pernah terjadi kepadanya sebelum ini.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah komen yang ditinggalkan penyampai radio yang juga rakan kumpulannya, Ajak Shiro. Apa kes ni?

Whatsapp image 2022 08 02 at 50739 pm

Komen yang ditinggalkan Ajak ini dilihat mendapat respon daripada Shahrol. Menurut Shahrol dia tidak perlukan sebarang ‘spotlight’ sebaliknya bersuara apabila melihat ada sahabat yang ditindas.

Photo1659430356

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak nampaknya tidak mendiamkan diri dan membalas kenyataan yang dibuat Shahrol itu. Malah, penyampai radio ini dilihat turut membuat dakwaan yang mengejutkan ramai.

Whatsapp image 2022 08 02 at 50748 pm
88597d4a b086 435b 99ff 324d65d717d0
8b7c299f 78d0 446e b369 06d610e2330f

Di ruangan komen, netizen nampaknya keliru dengan apa sebenarnya yang telah berlaku di antara mereka. Peminat mendoakan agar segala kemelut yang tercetus dapat diselesaikan.

Kredit: Instagram shahrol_shiro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas