Connect with us

Oh! Media

“Sampai Dah Arwah Orang Tu”- Individu Tuntut Shahir Zawawi Bayar Hutang Sebelum Nikah

shahir zawawi

Oh! Artis

“Sampai Dah Arwah Orang Tu”- Individu Tuntut Shahir Zawawi Bayar Hutang Sebelum Nikah

Bintang Akademi Fantasia, Shahir Zawawi bakal menamatkan zaman bujangnya dan bakal bergelar seorang suami pada hari Jumaat ini.

ADVERTISEMENT

Namun, disebalik menanti hari bahagia tu ada pula isu yang mencemarkan namanya. Ini apabila muncul desas-desus mengatakan dia gagal menjelaskan hutang beberapa individu.

Dakwaan ini didedahkan seorang warga maya di ruangan komen sebuah portal yang memaparkan artikel mengenai Shahir.

Shahir tak sempat ambik tahu sebab sibuk urus hal kahwin

Shahir kemudian tampil menjawab memaklumkan dia tidak tahu menahu mengenai isu itu dan perlu menyemak semula komen yang dibuat individu tersebut.

Saya tidak tahu tentang cerita tersebut. Sekarang ini sibuk menguruskan hal perkahwinan, jadi tak sempat nak ambil tahu. Saya kenalah semak dahulu apa yang diperkatakan sebab tak tahu hujung pangkalnya.

Individu itu mendakwa wang upah yang disertai Shahir dalam sebuah acara gagal dilunaskan sehingga mengalami kerugian.

Ada pula orang lain turut dakwa dia juga tanggung kerugian

Komen individu itu turut mendapat sokongan seorang lagi warga maya yang mendakwa syarikat pengurusan artis lain turut mengalami situasi yang sama.

Bayar hutang dulu baru nikah. Aku yang hidup ni pun dia buat senyap sahaja. AF Megastar aku rugi dekat RM4,000. Duit aku sendiri tu.

Terdahulu, Shahir mengumumkan bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinan bersama seorang wanita bernama Jaskin Jaludin pada 2 September ini.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas