Connect with us

Oh! Media

Shah Rukh Khan Dijangka Hilang Kontrak Iklan Syarikat Besar

Ohmedia shahrukhkhan2

Oh! Artis

Shah Rukh Khan Dijangka Hilang Kontrak Iklan Syarikat Besar

Sebelum ini dunia hiburan dikejutkan dengan penangkapan anak kepada pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan. Anak lelaki yang bernama Aryan Khan ditangkap selepas dipercayai terlibat dengan dadah.

Nampaknya, apa yang berlaku ke atas anaknya itu tetap memberi kesan buruk terhadap nama baik Shah Rukh Khan. Ini apabila sebuah syarikat besar dimaklumkan merancang untuk menarik semua kontrak pengiklanan yang telah dipersetujui bersama sebelum ini.

Berdasarkan laporan The Economics Times, syarikat yang berasaskan teknologi itu sebelum ini telah membayar sejumlah wang yang banyak kepada Shah Rukh Khan untuk menjadi duta produk mereka.

IKLAN

Syarikat berkaitan teknologi pendidikan itu telah menghentikan sementara semua promosi yang berkaitan dengan SRK. Boleh dikatakan mereka tak mahu lagi dilihat mempromosikan produk selepas terkait kontroversi.

Perkara ini bagaimanapun masih berlum disahkan oleh Shah Rukh Khan sendiri. Bagaimanapun, pasti sukar untuk membatalkan sesebuah kontrak yang telah dipersetujui. Jika pihak syarikat masih ingin membatalkan kontrak, pasti akan ada denda yang perlu dibayar kerana melanggar kontrak.

Bagi kes Aryan pula, Mahkamah Mumbai telah menolak permohonan jaminan ke atas dirinya. Disebabkan itu anak Shah Rukh Khan akan terus ditahan di bawah perintah penjagaan mahkamah dan dihantar ke Penjara Arthur di Mumbai.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas