Connect with us

Oh! Media

Sera Terkilan Shuk Langsung Tak Beritahu Tentang Urusan Penjualan Rumah Harga RM1.2 Juta

sera

Oh! Artis

Sera Terkilan Shuk Langsung Tak Beritahu Tentang Urusan Penjualan Rumah Harga RM1.2 Juta

Sehingga ke hari ini masalah rumah tangga yang dihadapi pelawak, Shuk Sahar dan isterinya Sera belum selesai. Shuk dan Sera ketika ini hanya mampu meluahkan apa yang mereka lalui di program realiti. Adakah itu cara terbaik untuk mereka selesaikan masalah rumah tangga?

ADVERTISEMENT

Sebelum ini kita dapat melihat Shuk terkelu bila menerima banyak soalan dan nasihan dari Datuk Aznil Haji Nawawi di program Hard To Heart. Terbaru, Sera juga telah dijemput ke Meletop dan ternyata gagal menahan rasa sedih dan mengalirkan air mata di atas pentas.

BACA: “Saya Tak Mampu Bahagiakan Shuk” – Dah Lama Bertahan, Rossa Sera Tak Boleh Teruskan Hubungan

Hanya akan berjumpa Shuk untuk bincang urusan keluarga

Saya dan Shuk kami masih dalam perbincangan oleh kedua-dua pihak, jadi saya tak boleh nak ulas lanjut. Namun yang pasti kami akan cari jalan yang terbaik untuk kami berdua.

Anak-anak kerap sahaja berjumpa ayah mereka, cuma saya yang jarang sangat berjumpa. Kali terakhir saya berjumpa dengan dia 7 atau 8 bulan yang lalu. Selain itu berkenaan urusan anak-anak kami akan berhubung melalui WhatsApp sahaja.

Sera memaklumkan Shuk sekarang bekerja di Penang dan tiap kali tiba di Kuala Lumpur, pasti akan berjumpa dengan anak-anak.

Akui tidak tahu langsung tentang urusan jual rumah RM1.2 juta

Dalam pada itu, Sera akui terkilan kerana Shuk mengetepikan dirinya soal urusan penjualan rumah sedangkan mereka masih bersama.

Sejujurnya berkenaan rumah itu, saya tidak tahu apa-apa dan tak berani untuk memberi komen. sebabnya, sejak tahun lalu selepas saya keluar dari rumah itu saya langsung tidak pernah kembali semula ke rumah itu Perasaan ni sangat sedih.

Tak sanggup lihat rumah sebab banyak kenangan

Terlalu banyak kenangan bersama anak-anak di situ, kami juga pernah memasang impian bersama ketika tinggal di sana, terutamanya tentang anak-anak,

Semoga mereka dapat selesaikan masalah rumah tangga ni sebaik mungkin. Kita sebagai orang luar yang telah mendengar masalah mereka hanya mampu doakan yang terbaik.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

Ke Atas