Connect with us

Oh! Media

“Sengaja Buat Uncle ‘Triggered’” – Pakcik Hafidz Roshdi Bagi Amaran Kepada Shuhada

hafidz roshdi

Oh! Artis

“Sengaja Buat Uncle ‘Triggered’” – Pakcik Hafidz Roshdi Bagi Amaran Kepada Shuhada

Sebab itulah kita dilarang sama sekali untuk cerita atau kongsikan masalah keluarga kepada umum. Kalau tidak, jadilah macam ni sehinggakan bapa saudara kandung kepada pelakon, Hafidz Roshdi turut bersuara atas tindakan Shuhada yang cukup lantang di media sosial.

ADVERTISEMENT

Pakcik Hafidz ini dikenali sebagai Adlan dan melalui perkongsiannya di Instagram, dia tidak bersetuju dengan perkongsian Shuhada tentang kesihatan mental yang dihidapi cucu saudaranya yang turut meletakkan sekali pautan untuk perniagaannya.

Jangan gunakan anak-anak untuk marketing!

Adlan bagaimanapun menegaskan keluarga mereka tidak akan menyokong sebarang bentuk kesalahan yang dilakukan sesiapa tetapi memilih untuk kongsikan di media sosial adalah tidak betul.

Buat makluman semua, tiada ibu bapa yang menyokong anak-anak jika ada melakukan kesalahan atau kesilapan. Pihak keluarga Hafidz mempunyai cara mereka sendiri di dalam urusan tersebut dan ianya tidak perlu menjadi urusan rasmi di dalam media sosial. Privasi. Period.

Pakcik Hafidz Roshdi lihat cita-cita Shuhada untuk jadi influencer sudah tercapai…

Shu, nampaknya cita2 kamu untuk menjadi ‘Influencer’ telah tercapai. Kamu mempunyai pilihan untuk menjadi seorang role model yang positif atau negatif.

Uncle berdiam diri selama ini, kerana Uncle telah berjanji pada diri sendiri, jika cuma kamu mula membabitkan anak-anak Hafidz di dalam melepaskan dendam dan amarah kamu.

Dunia ini bukan kita satu orang yang punya. Dunia ini juga ada tindakbalas. Jika negatif yang kamu mahukan, maka negatif lah yang akan datang bergolek.

Sikap manupulasi, cabar mencabar dan provokasi yang selama ini oleh diri kamu, sedang kamu persembahkan kepada umum.

Kamu tahu bab anak-anak adalah paling mengusik jiwa Hafidz, maka kamu telah mencabar Uncle di dalam proses pemulihan kesihatan dan semangat diri buatnya. Kalau kamu tak dapat membantu, KAMU JANGAN MERUMITKAN!!!

Oleh itu, Adlan turut memberikan peringatan di mana bermula hari ini dia akan memerhati segala tindakan yang dilakukan Shuhada.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas