Connect with us

Oh! Media

“Senario Is Back!” – Filem Terbaharu Bakal Temui Penonton, Netizen Luah Rasa Teruja

Oh! Artis

“Senario Is Back!” – Filem Terbaharu Bakal Temui Penonton, Netizen Luah Rasa Teruja

Jika ditanya mengenai zaman kegemilangan yang paling dirindui, sudah semestinya ramai akan memilih kumpulan Senario yang pernah hadir menghiburkan masyarakat pada zaman dahulu.

ADVERTISEMENT

BACA: Tak Malu Berniaga, Gerai Buah Azlee Senario Laku Sejak Viral

Senario merupakan sebuah kumpulan pelawak, pelakon dan penyanyi yang ditubuhkan pada tahun 1999 dan juga lahir daripada program realiti ‘Sinaran Pasport Kegemilangan’.

Kumpulan ini juga bermula daripada 7 orang ahli iaitu Wahid, Lan Pet Pet, Azlee, Shamsul Ghau Ghau, Farouk, Ilya dan Hamdan Ramli sebelum disertai oleh Saiful Apek dan Yassin.

Selain daripada melawak, Senario juga pernah aktif dalam mengadakan konsert secara live serta muncul dalam beberapa buah filem yang pernah menghiburkan peminat industri tanah air.

Lama menyepi, Senario bakal tampil dalam filem terbaharu

Selepas tahun berganti tahun, kumpulan tersebut tidak lagi terlihat dengan lebih kerap di kaca televisyen serta ahli Senario juga masing-masing mempunyai haluan yang tersendiri.

Namun yang paling membuatkan masyarakat rindu adalah untuk melihat aksi lakonan mereka di dalam filem. Kali terakhir Senario muncul dalam layar perak adalah pada tahun 2011 menerusi filem Senario Ops Pocot.

Bagaimanapun, netizen akhirnya boleh menarik nafas lega selepas sebuah filem bertajuk ‘Jaga-Jaga Senariounion’ yang diarahkan oleh pengarah terkemuka, Aziz M. Osman bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian daripada salah seorang ahli kumpulan Senario, Azlee di laman Instagram, dia telah memuat naik sekeping gambar seakan-akan memberitahu filem tersebut sedang dalam proses pengambaran.

Filem terbaru Senariounion dalam pembikinan hari ke 3 . Arahan Aziz M. Osman dan Abg long teribatan botak production Syukur Allah.

Semoga Allah permudahkan . Aamin. Yang bestnya pelakon pun reunion teknikal team pun reunion.

Difahamkan, filem tersebut juga turut dibintangi oleh ahli senario yang lain termasuklah Wahid, Yassin, Saiful Apek, Lan Pet Pet serta ahli-ahli yang terdahulu.

Tampil lawak mesra masyarakat, Aziz M. Osman, yakin filem akan diterima penonton

Sementara itu, Aziz M. Osman sebelum ini pernah mendedahkan mengenai filem tersebut yang dijangka memakan kos sebanyak RM800,000 serta dibintangi oleh semua ahli kumpulan Senario.

Selain itu, beliau juga turut berjanji akan menampilkan komedi yang sesuai buat semua golongan masyarakat selain yakin filem tersebut akan diterima oleh penonton tanah air.

Aziz M. Osman

Dalam filem ini nanti, saya tampilkan komedi masyarakat sesuai dengan usia para peminat mereka yang semakin dewasa. Saya yakin filem ini akan diterima penonton.

Tiada lagi lawak bodoh! Itulah yang akan saya buang jauh-jauh persepsi masyarakat terhadap mereka kerana saya mengenali Senario sudah lama dan amat menghormati mereka.

Walaupun rata-rata ahli kumpulan Senario semakin meningkat usia, namun beliau tetap yakin terhadap lawak mereka yang dilihat masih relevan dan diterima peminat sehingga ke hari ini.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja terhadap filem tersebut selain berpeluang melepaskan rindu melihat lawak jenaka mereka.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 3,000 tanda suka serta seramai 66 orang telah meninggalkan komen.

Kredit: Instagram Azlee I BebasNews

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas