Connect with us

Oh! Media

“Semoga Wings Peroleh Umrah Yang Maqbullah” – Wings Pohon Doa Netizen Permudahkan Urusan Di Tanah Suci

Oh! Artis

“Semoga Wings Peroleh Umrah Yang Maqbullah” – Wings Pohon Doa Netizen Permudahkan Urusan Di Tanah Suci

Kumpulan rock terkenal tanah air, Wings memaklumkan bahawa kesemua ahli kumpulan mereka akan berangkat ke Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah di sana.

ADVERTISEMENT

BACA: “Teringin Sangat Hantar Mereka Ke Bumi Allah” – Hafiz Mahamad Bawa 120 Staf Tunai Umrah Januari Nanti

Menerusi perkongisan dimuat naik sayap2wings di Instagram, dapat dilihat kesemua ahli kumpulan termasuklah Dato Awie, Black, Syam, Edrie Hashim dan Eddie bergambar bersama-sama di Lapangan Terbang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berangkat Tanah Suci.

Menerusi kapsyen yang ditulis, kumpulan Wings memohon doa semua peminat untuk mendoakan agar urusan mereka sepanjang mengerjakan umrah dipermudahkan.

Segala puji bagi Allah atas nikmat yang diberi, semoga Wings peroleh Umrah yang maqbullah, Allahumma Aamin.

Doakan urusan Wings disana dipermudah dan dapat menunaikan ibadah Umrah dengan sempurna.

Para peminat doakan agar urusan Wings dimudahkan

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa kepada semua ahli Wings untuk dikurniakan kesihatan serta memperoleh keberkatan sepanjang mengerjakan umrah di sana.

Nampak segak abang-abang rockers kita ni berjubah. Kami di Team Oh! Media juga mendoakan agar segala urusan Wings untuk mengerjakan ibadah umrah dipermudahkan.

Kredit: Instagram sayap2wings

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas