Connect with us

Oh! Media

“Semoga Kebahagiaan Milikmu” – Datin Patimah Kongsi Video Menantu Kesayangan Undang Perhatian

Oh! Artis

“Semoga Kebahagiaan Milikmu” – Datin Patimah Kongsi Video Menantu Kesayangan Undang Perhatian

Meskipun sudah hampir setengah tahun anaknya dan bekas menantunya sah bercerai, Datin Patimah Ismail tetapi tidak kunjung mendoakan Puteri Sarah agar sentiasa bahagia meskipun tidak lagi bersama Syamsul Yusof.

ADVERTISEMENT

Hal tersebut dimuat naik di laman Instagram miliknya disertakan sekali dengan gambar cucunya. Dalam pos tersebut, Patimah mendoakan Sarah supaya dikurniakan kebahagian sendiri. Ini juga bukan kali pertama isteri kepada Datuk Yusof Haslam ini memuat naik hantaran begitu.

Mertua idaman menantu sejagat. Jika hati dah sayang. Hanya dia yang faham dan berada di samping menantu di saat suka dan duka.

Tak lama hantaran tersebut dimuat naik, ruangan komen gambar berkenaan terus dibanjiri dengan ucapan terima kasih kerana mendokan Sarah dan para netizen yang menganggap pelakon tersebut sangat bertuah mendapat ibu mertua seperti Datin.

Kata mereka, meskipun tidak lagi tinggal sebumbung, ibu mertua Sarah masih ingat dan sering mendoakan anak menantunya itu. Konflik rumah tangga Sarah juga tidak menjejaskan persepsi Patimah kepadanya. Malahan, terlihat sering membelahi dan menyokong keputusan menantunya itu.

Kredit: Instagram Datin Patimah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas