Connect with us

Oh! Media

Selepas Fauzi Nawawi, Khir Rahman Pula Minta Maaf Dengan Raja Farah

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 10 20t144046593

Oh! Artis

Selepas Fauzi Nawawi, Khir Rahman Pula Minta Maaf Dengan Raja Farah

Terdahulu, pelakon Fauzi Nawawi mengaku bersalah dan memohon maaf selepas tular video memaparkan dirinya menceritakan semula adegan panas yang dilakonkan bersama Raja Farah.

BACA: Cerita Babak ‘Panas’ Raja Farah, Fauzi Nawawi Mengaku Salah Dan Mohon Maaf

Terbaru, penerbit dan pengacara program Rumah No 107, Khir Rahman pula membuat permohonan maaf kepada Raja Farah dan suaminya.

IKLAN
Khir

Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram itu, Khir meluahkan rasa syukur kerana pasangan itu mempunyai hati mulia apabila memaafkan keterlanjuran yang berlaku.

Justeru, saya ingin sekali lagi memohon maaf pada beliau dan seluruh keluarga beliau. Bahawa saya menjadi ‘sauh’ dalam program ini bukan untuk membuka aib sesiapa.

Dia yang berasa kesal dan ralat dengan perkara itu berusaha mencari nombor telefon empunya badan untuk menyelesaikan isu.

Jelas pelakon ini, peranan pengacara adalah mencungkil cerita-cerita yang belum pernah dikongsi tetamu di platform lain. Sebagai ‘sauh’, ada kalanya cerita berjaya dicungkil dan ada masanya tidak.

Malah, dia percaya semua pihak bersetuju rancangan itu dirakam terlebih dahulu supaya ada bahagian tertentu atau keterlanjuran kata yang boleh ditapis sebelum disiarkan.

246484625 456382792578934 2834262938202643823 n

Sebagai pengkarya Muslim, dia tidak mungkin memperlekeh atau meraikan isu yang dibualkan itu. Malah dia sendiri sering mempersoalkan babak-babak sedemikian dalam karya seorang Muslim.

Di akhir hantaran, Khir memohon kerjasama orang ramai agar video tersebut tidak lagi disebarkan.

Kredit: Instagram Khir Rahman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas