Connect with us

Oh! Media

Selepas 25 Tahun Berlakon, Hans Isaac Undur Diri Dari Dunia Seni

Oh! Artis

Selepas 25 Tahun Berlakon, Hans Isaac Undur Diri Dari Dunia Seni

Pelakon kacak, Datuk Hans Isaac menerusi hantaran terbaru di Instagram mengumumkan telah mengundurkan diri daripada dunia seni.

ADVERTISEMENT

BACA: Hans Isaac Pulangkan Semua Gaji Pengerusi FINAS, Bantu Golongan Penggiat Seni Yang Terjejas

Menurutnya, selama 25 tahun bergelar seorang pelakon, perjalanan kariernya tidaklah terlalu buruk. Dia sangat bersyukur kerana ‘direstui’ masuk ke dalam bidang ini.

Mengimbau kembali detik berkecimpung dalam dunia lakonan, Hans Isaac berkata, pada mulanya dia menerima tawaran daripada Datin Paduka Shuhaimi Baba untuk melakonkan watak dalam filem Ringgit Kasorrga pada tahun 1994.

30 daripada karya lakonannya membabitkan filem cereka, sejumlah besar drama dan rancangan TV. Dia turut pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Pelakon Lelaki Terbaik.

Berlakon bukanlah minat saya, tetapi saya belajar untuk mencintai dan menikmati proses itu serta bertuah kerana dapat bekerja bersama yang terbaik dalam industri.

Jelas pelakon berusia 50 tahun ini lagi, walaupun sudah bersara dari dunia seni, dia akan terus menyokong industri seperti biasa.

Harapan saya adalah untuk mengarahkan satu lagi teater muzikal di Istana Budaya suatu hari nanti dan akan terus meluangkan masa untuk membina empayar saya.

Mengakhiri hantaran, Hans Isaac berterima kasih kepada penerbit, pengarah, rakan sekerja dan kru yang telah menyumbang banyak kenangan terbaik dalam hidupnya.

Peminat-peminatnya juga telah dianggap seperti kawan di mana mereka sentiasa ada bersamanya sepanjang 25 tahun ini.

Kredit: Instagram Hans Isaac

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas