
Oh! Artis
Selalu Tutup Muka Dengan Emoji ‘Love’, Priyanka Chopra Akhirnya Dedah Wajah Anak Di Khalayak
Oleh
Pasangan selebriti terkenal, Priyanka Chopra dan Nick Jonas akhirnya mendedahkan wajah anak, Malti Marie Chopra Jonas buat kali pertama di khalayak ramai.
Sebelum ini, mereka difahamkan menutup wajah anak dengan emoji berbentuk hati sewaktu gambar di muat naik di laman sosial.
Tutup muka anak
Difahamkan, aktres berumur 41 tahun ini menampilkan anaknya itu di khalayak ramai ketika menghadiri acara ‘The Hollywood Walk of Fame’ untuk menghargai kumpulan The Jonas Brothers pada 30 Januari lalu.
Di acara itu, pelakon filem Don 2 ini hanya membiarkan potret puteri kesayangannya dirakam jurugambar majlis.
Akhirnya dedah kepada umum

Pendedahan wajah Malti Marie ini mengundang pelbagai reaksi peminat. Ada yang berkata, wajahnya saling tak tumpah dengan bapa, Nick Jonas. Tak kurang juga yang cakap ada mirip ibu.
#PriyankaChopra ‘s daughter #MaltiMarie is a true copy of father #NickJonas pic.twitter.com/gZIbifDrxx
— deep das (@deepdas70506563) January 31, 2023
Terdahulu, pasangan ini menimang cahaya mata pertama pada 15 Januari 2022 selepas tiga tahun berkahwin menggunakan khidmat ibu tumpang.
Sejak itu, pelakon Bollywood ini memilih untuk tak berkongsi wajah anak kepada media.
Kredit: onmanorama
