Oh! Artis
“Selalu Pegang Aku” – Penyanyi BBNU Dedah Sikap Manager, Lelaki Dah Tua Tapi ‘Acah’ Perempuan
Rezza Shah dedah sikap mengejutkan bekas pengurus, dakwa kena gangguan seksual.
Penyanyi dan pelakon, Rezza Shah tampil menjawab segala spekulasi mengenai karier seninya yang dikatakan semakin ‘sendu’.
Dalam satu perkongsian penuh emosi di Instagram Story, Rezza mendedahkan bahawa dia kini menguruskan sendiri kerjaya seninya selepas tidak lagi bekerjasama dengan pengurus terdahulu.
“Kau rasa diri kau perempuan, padahal kau lelaki dah tua”
Menurut Rezza, dia terpaksa membuat keputusan untuk berdikari kerana sudah penat berdepan dengan individu yang hanya tahu ambil kesempatan dan mempergunakan artis untuk kepentingan sendiri.

Lebih mengejutkan, Rezza juga mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual sepanjang bekerjasama dengan individu itu.
Yea for now memang takde lagi bekerjasama dengan previous manager. Susah bila bekerja dengan manager yang berhutang sana-sini, tak profesional, selalu pegang-pegang.
Rezza juga menyifatkan ada pihak yang menyebarkan persepsi buruk terhadapnya kononnya dia sukar dibawa berbincang dan bersikap ‘jahat’.
“Aku tak nak ditindas, aku ada prinsip”

Namun, dia menegaskan semua itu berlaku kerana dia mempertahankan prinsip serta tidak mahu dipergunakan lagi.
Aku cuba tahan diri, mental aku dah hampir setahun dari sebelum masuk pertandingan sebelum ni pun aku selalu jadi ‘alat’… Aku juga selalu nampak jahat. It’s okay.
Dalam pada itu, Rezza menjelaskan yang dia berkarya bukan kerana nama, tetapi kerana minat yang mendalam dalam seni.
Dia juga menafikan dirinya sedang ‘sendu’ dan kini mahu lebih fokus membina kerjaya atas usaha sendiri.
Pssttt! Aiyooo! Kesiannya artis muda-muda baru nak menerpa nama dah kena lalui pengalaman pahit macam ni. Semoga Rezza terus berjaya walaupun tanpa manager ya..
Kredit: Instagram Rezza Shah
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM