Connect with us

Oh! Media

Selain Adi Putra Dan Johan, Beto Kusyairy Sahkan Tak Hadir Malam Gala Mat Kilau Di Indonesia

Beto

Oh! Artis

Selain Adi Putra Dan Johan, Beto Kusyairy Sahkan Tak Hadir Malam Gala Mat Kilau Di Indonesia

Sejak akhir-akhir ini, kecoh diperkatakan mengenai konflik yang tercetus di antara Datuk Adi Putra dan syarikat penerbitan, Studio Kembara.

Konflik itu menyebabkan Adi tidak hadir ke Malam Gala Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang diadakan di Jakarta, Indonesia, esok.

Selain Adi, Johan As’ari yang memegang watak Yassin turut tidak menyertai majlis tersebut.

IKLAN

BACA: Johan As’ari Terkilan, Kembara Studio Tak Berinya Ke Indonesia

Terbaru, Beto Kusyairy mengesahkan dirinya juga tidak akan menyertai rombongan produksi ke Indonesia kerana sudah terikat dengan komitmen lain.

Memetik laporan Boom, Beto memang mendapat jemputan ke sana namun komitmen tidak mengizinkan.

Namun saya berharap filem kita mendapat sambutan di sana, tambahan pula Mat Kilau turut dibintangi oleh pelakon Indonesia iaitu Yayan Ruhian.

Ketika ditanya mengenai konflik yang tercetus di antara syarikat produksi dan beberapa pelakon Mat Kilau, Beto berkata tidak seharusnya dikeruhkan lagi perkara yang sudah keruh.

Seharusnya kita menjernihkan kembali segala kekeruhan yang berlaku sebab industri kita tidak besar. Pusing-pusing kita akan jumpa orang yang sama.

Pelakon hebat yang memegang watak sebagai Wahid ini berharap ada penyelesaian yang baik di antara kedua-dua pihak.

Filem epik Melayu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencetuskan fenomena apabila berjaya mengutip sehingga RM90juta selama satu bulan tayangan di pawagam seluruh Malaysia. Lebih mengujakan apabila filem itu bakal ditayangkan di Netflix pada September.

Kredit: Boom

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas