Connect with us

Oh! Media

“Selagi Bateri Tak Mati, Selagi Itu Saya Bernafas” – Keadaan Jantung Bob Lokman Tinggal 10 Peratus

Oh! Artis

“Selagi Bateri Tak Mati, Selagi Itu Saya Bernafas” – Keadaan Jantung Bob Lokman Tinggal 10 Peratus

Seperti yang diketahui ramai, Bob Lokman dikejarkan ke Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@lIUM) Kuantan, Pahang dan telah mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ekoran kesihatannya kembali menurun akibat daripada masalah buah pinggang pada April yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Sukar Bernafas, Kesihatan Bob Lokman Kembali Merosot

Memetik laporan Utusan Malaysia, tahap penggunaan jantung Bob Lokman kini hanya tinggal 10 peratus.

Menurut Bob Lokman, dia hanya bergantung nyawa pada alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

Saya kini berada di rumah dan tidak berapa sihat. Keadaan jantung saya juga kini tinggal 10 peratus sahaja lagi.

Selagi bateri ini tidak mati, selagi itu saya bernafas. Apabila sudah sampai ajal, habislah. Tunggu waktu sampai sahajalah.

Selagi sempat, selagi itulah kita mencari kesempatan untuk menjadi lebih baik.

Tambah penulis lirik dan pelakon terkenal itu lagi, selain bergantung kepada ubat-ubatan, tahap kesihatannya akan dipantau dengan menjalani rawatan susulan pada setiap tiga bulan sekali.

Rawatan susulan di hospital untuk berjumpa doktor memang ada iaitu tiga bulan sekali. Jantung ini seperti bateri, walau setiap hari cas pun, makin lama makin kurang juga.

Itulah, kita boleh jangka apa, ia sentiasa berjalan dan bergerak. Badan pula gemuk, banyak yang tidak sihat. Jantung tidak kuat, namun perlu banyak juga menggunakan jantung.

Tidur pakai jantung, makan dan buang air pun pakai jantung. Jadi, semakin teruk jantung itu. Tidak boleh nak jangka apa, cuma bersyukur sahaja. Selagi ada umur, saya bersyukur sahaja.

Untuk info, sejak 1 Oktober lalu, penulis lagu Taman Rashidah Utama itu menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, berikutan bahagian atas jantungnya yang tidak berfungsi dengan baik.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas