Connect with us

Oh! Media

Sukar Bernafas, Kesihatan Bob Lokman Kembali Merosot

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 10 15t134103626

Oh! Artis

Sukar Bernafas, Kesihatan Bob Lokman Kembali Merosot

Pelakon, pelawak, dan penulis lirik popular, Bob Lokman dilaporkan sedang jalani rawatan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar Kedah selepas keadaan kesihatannya kembali merosot.

BACA: Bob Lokman Kini Stabil, Jalani Rawatan Laser Untuk Jantung

Difahamkan, dia dimasukkan ke CCU sejak tiga hari lalu selepas mengalami kesukaran bernafas. Ketika itu, dia berada di sebuah inap desa.

IKLAN
Pix bob e1606699034272

Doktor periksa dan beritahu jantung saya kembali lemah.

Saya dinasihatkan untuk berehat, mungkin lama saya dirawat kali ini kerana doktor perlu pantau.

Malah, doktor telah menasihatinya supaya berehat dan tidak melakukan apa-apa pekerjaan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan akan datang. Ini untuk memastikan jantungnya stabil walaupun tidak pulih sepenuhnya.

Saya reda walaupun perit nak dengar kerana saya ketua keluarga yang perlu cari nafkah sara isteri dan anak.

Pelakon ini walau bagaimanapun berbesar hati kerana ada badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care yang membantu mencari dana untuk membiayai perubatan dan perbelanjaannya.

Dia berharap orang ramai dapat mendoakan semoga kesihatannya kembali pulih seperti sedia kala.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas