Oh! Artis
“Sejak Bila Malaysia Boleh Pakai Macam Ni On Stage?” – Dolla Curi Tumpuan Lagi
Siapa tak kenal dengan kumpulan pop popular, Dolla yang sering menjadi perhatian ramai. Selain lagu bertaraf international, ahli kumpulan ini turut dikaitkan dengan beberapa kontroversi antaranya berpakaian seksi.
BACA: PU Syed Tegur Dua Ahli Kumpulan Dolla Beragama Islam, Terlampau Seksi Dan Menyeksakan
Terbaru, kumpulan ini sekali lagi menerima teguran netizen selepas tampil dengan skirt pendek paras paha ketika persembahan di pelancaran album pertama mereka New Classic.
Di ruangan komen hantaran sebuah portal, netizen mempersoalkan adakah Malaysia tak mempunyai garis panduan yang perlu diikuti para artis.



Jelas mereka, ini bukan kali pertama Dolla mencuri tumpuan ramai dengan pakaian mencolok mata tetapi nampaknya ianya masih berlaku.
Difahamkan, isu pemakaian ini menjadi perdebatan kerana ramai orang bersuara mahu konsert kumpulan antarabangsa Coldplay dibatalkan demi solidariti kepada Palestin. Namun, ini pula yang ditunjukkan artis tempatan.
Kredit: Instagram Media Hiburan
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM