Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Saya Bukan Individu Yang Tepat” – Aeril Zafrel Saran Anak Autisme Dirawat Segera

Sejak dua menjak ni, isu tentang penyakit autisme kembali jadi tumpuan orang ramai. Membesarkan anak istimewa ini bukanlah semudah yang disangka.

BACA: Seminggu Beraya Di Kampung, Ibu Kesal Anak Autisme ADHD Selalu Kena Marah Dan Kena Jeling

IKLAN

Menerusi laporan Astro Gempak, pelakon, Aeril Zafrel berkata jika dikurniakan anak autisme ini perlulah melihat dari sudut postif dan anggap sebagai ‘ladang pahala’.

Dia juga menasihatkan supaya ibu bapa anak istimewa ini segeralah dapatkan rawatan yang sewajarnya.

Untuk saya bercakap mengenai perkara ini (autisme), saya bukan individu yang tepat. Sebaiknya ahli keluarga yang terdekat layak untuk mengulas.

Kita tak berada di tempat mereka, jadi tak boleh sewenangnya kita cakap ‘bersabar’.

Tambahnya ada juga ibu bapa yang tak menerima anak mereka itu menghidapi penyakit berkenaan dan disebabkan itulah golongan ini lambat mendapat rawatan.

Jika kita dikurniakan anak istimewa seperti ini satu hari nanti, terimalah mereka seadanya. Mereka juga tidak minta untuk jadi macam tu.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas