Oh! Artis
Sedondon Pakai Songket Hitam, DJ Kidd Dan Emma Maembong Raih Perhatian
Emma Maembong dan DJ Kidd dipuji bagai pinang dibelah dua!
Hantaran seorang lelaki dikenali sebagai DJ Kidd menarik perhatian apabila berkongsi video mesra bersama pelakon cantik, Emma Maembong.
Dalam hantaran tersebut, Emma dan DJ Kidd tampil anggun mengenakan busana hitam tradisional lengkap dengan rekaan bercorak songket moden.
Sedondon serba hitam ikut tema majlis

Pasangan itu dilihat berjalan beriringan memasuki sebuah dewan yang dihiasi indah dengan dekorasi tradisional berwarna emas dan putih, menambahkan lagi suasana eksklusif majlis tersebut.
Perkongsian meraihkan pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata terkejut menyangka pasangan ini sedang ‘fitting’ baju untuk pernikahan.

Netizen bagaimanapun berdoa semoga Emma ditemukan dengan pasangan yang terbaik selepas gagal di perkahwinan pertama.
Pssttt! Oh! Media tengok pasangan ini memang tak pernah gagal mencuri perhatian dengan gaya yang penuh kelas dan romantis. Moga cepat-cepat kahwin ye!
Kredit: Instagram DJ Kidd
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM