Connect with us

Oh! Media

“Secara Kontra Ia Tak Berbaloi” – The Jebats Habis RM150,000 Beri Yang Terbaik Di Famili Duo

Oh! Artis

“Secara Kontra Ia Tak Berbaloi” – The Jebats Habis RM150,000 Beri Yang Terbaik Di Famili Duo

Malam tadi telah berlangsungnya acara akhir rancangan realiti Famili Duo di mana pasangan adik beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah dinobatkan sebagai juara. Pasangan duo ini membawa wang ganjaran sebanyak RM100,000.

ADVERTISEMENT

Manakala Ayda Jebat dan Fyna Jebat yang merangkul tempat kedua membawa pulang wang RM20,000. Memetik laporan Xtra, walaupun tak juara, pasangan ini berpuas hati dapat berikan yang terbaik untuk menghargai sokongan peminat.

Puas hati dapat beri yang terbaik

Ayda juga mendedahkan dia mengeluarkan kos melebihi RM150,000 untuk 8 minggu pertandingan.

Kapal terbang, sarkas, tapak pembinaan, konsert rock dan macam-macam lagi… Semua sudah kami tonjolkan setiap minggu. Menghitung semula kos yang saya keluarkan sendiri, secara kontra ia tidak berbaloi dari semua segi, termasuklah soal usaha, kreativiti, masa, tenaga dan sebagainya.

Tapi saya gembira kerana sebagai penyanyi, saya puas dapat menghiburkan orang ramai. Saya sudah berikan terbaik untuk peminat. Cuma mungkin saya perlu fikirkan soal ‘practicality’.

Namun begitu, dia gembira dapat berkongsi rezeki dengan pemuzik dan orang di belakang tabir seperti props, tetamu undangan, jurusolek, pereka fesyen dan ramai lagi. Dia menganggap kos yang dikeluarkannya itu adalah rezeki untuk orang lain.

Walaupun tak juara, pengalaman di Famili Duo dah tentu tak dapat diperolehi di tempat lain, ujarnya.

Kredit: Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas