Connect with us

Oh! Media

Fara Hanim Dedah Berjiran Dengan Pelakon Anti-Vaksin, Beri Klu Nama ‘RR’ & ‘LL’

fara hanim

Oh! Artis

Fara Hanim Dedah Berjiran Dengan Pelakon Anti-Vaksin, Beri Klu Nama ‘RR’ & ‘LL’

Situasi pandemik yang membimbangkan pastinya membuatkan rakyat Malaysia resah dan gelisah dalam menghadapi kehidupan seharian kerana bimbang dijangkiti wabak COVID-19 yang boleh membunuh sesiapa sahaja, tambahan dengan varian baru yang muncul pastinya mengundang kerisauan masyarakat.

ADVERTISEMENT

Terbaru, pengacara Fara Hanim Razak menerusi ruangan media sosial Twitternya ada menulis sebuah twit yang agak menarik perhatian netizen.

Tulis Fara Hanim, dua jiran rumahnya yang juga merupakan artis kini sedang rancak menyebarkan dakyah antivaksin di kawasan tempat tinggalnya.

Tidak mendedahkan secara terbuka, pengacara itu hanya memberi gambaran nama artis terbabit yang bermula dengan pangkal huruf RR dan LL.

Twitter Farahanim

“Cuba teka siapa jiran jiran saya yang antivaksin? 2 pelakon bermula dengan RR & LL. Selalu duk sebar dakyah rebus bunga cengkih untuk elak COVID serta COVID adalah Iluminati. Allahu..”

Ternyata, twit tersebut telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen dan tidak kurang juga yang tampil meneka siapakah gerangan selebriti itu.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas