Connect with us

Oh! Media

‘Saya Taktahu Apa Salah Saya Pada Awak’ – Andi Bernadee Kena Santau Sampai Keluar Paku Karat & Katak Kering?

Oh! Artis

‘Saya Taktahu Apa Salah Saya Pada Awak’ – Andi Bernadee Kena Santau Sampai Keluar Paku Karat & Katak Kering?

Tengah malam semalam, penyanyi dan kini pelakon, Andi Bernadee ada berkongsikan sebuah video memaparkan beberapa barang aneh dan mistik menerusi laman sosial Instagramnya untuk tatapan peminat.

ADVERTISEMENT

Ternyata, ianya telah menarik perhatian peminat serta pengikut penyanyi lagu Penat ini malah ada yang mengaitkan dirinya dengan perbuatan sihir dan ilmu hitam.

Menerusi video tersebut, Andi telah menunjukkan barangan seperti katak kering dan beberapa batang paku karat dipercayai ditemui ketika menjalani rawatan alternatif.

Alhamdullilah, terima kasih awak..saya tak tahu apa salah saya pada awak, apapun ini semua ujian Allah..

Meninjau ruangan komen, ramai peminat turut membuat spekulasi bahawa Andi kini jarang berkongsikan apa-apa di laman media sosialnya mungkin kerana sakit dibuat orang.

Pengurus Andi, Nasir Deraman dilihat turut menitipkan pesanan buat artis di bawah naungannya ini agar terus berdoa dan bersabar menghadapi dugaan berat itu.

Turut kelihatan rakan-rakan artis serta peminat tampil mendoakan agar Andi kembali pulih dan memberi kata-kata positif buat penyanyi itu.

Kredit: Instagram Andi Bernadee

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas