Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Suka Ada Yang Tipu..” – Safiey Ilias ‘Warning’ Sulam Bedak Tak Boleh Bawa Solat

safiey ilias

Oh! Artis

“Saya Tak Suka Ada Yang Tipu..” – Safiey Ilias ‘Warning’ Sulam Bedak Tak Boleh Bawa Solat

Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Safiey Ilias membuat satu pendedahan di mana dia menjelaskan bahawa sulam bedak sebenarnya tidak mesra wuduk untuk wanita muslimah mengerjakan solat.

ADVERTISEMENT

Safiey iliasMenurutnya lagi, proses sulam bedak itu sama seperti mencacah tatu di badan di mana warnanya akan kekal selama tiga hingga enam bulan.

Tambah Safiey, dia tampil untuk berkongsi mengenai perkara tersebut kerana tidak suka orang ramai dimomokkan dengan cerita penipuan yang mengatakan wanita yang melakukan sulam bedak di wajah boleh menunaikan solat seperti biasa.

Sebenarnya tahu tak sulam tu apa? Saya cakap terus terang ya, proses dia macam buat tatu. Saya tak suka bila ada yang tipu cakap boleh bawa solat. Konon sah solat bila buat sulam kening atau bibir atau segala jenis sulam bedak. Tak..sebabnya dia ada pgimen warna yang dimasukkan sebab itu akan dibius.

Jelasnya lagi, jika sesuatu bahan itu mesra wuduk, apabila dibilas dengan air pastinya akan hilang, berbeza dengan teknik sulam bedak ini.

Bila nak solat, kita mesti akan bersihkan semua supaya air dapat mengalir ke seluruh anggota badan. kalau warna masih kekal selama tiga hingga enam bulan, itu apa?

Safiey berkongsikan pesanannya itu menerusi sebuah video yang memaparkan dia sedang melakukan sulam kening di sebuah pusat kecantikan.

Dia dalam pada itu menzahirkan perasaan kasihat apabila ramai wanita muslimah telah ditipu oleh segelintir peniaga dan pengusaha yang mementingkan keuntungan semata-mata.

Tegas Safiey, dia tidak berniat untuk menutup periuk nasi mana-mana pengusaha kecantikan namun hanya berkongsi atas dasar tanggungjawab untuk bercerita mengenai hal yang sebenar.

“Tak boleh macam tu..tolong bagitahu pelanggan perkara sebenar apa yang dilakukan. Jangan nak tamak duit..” ujar Safiey lagi.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas