Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Nak Jebat Jadi Orang Melayu Yang Boleh Cakap Inggeris Tapi Tak Tahu Bahasa Melayu”

Oh! Artis

“Saya Tak Nak Jebat Jadi Orang Melayu Yang Boleh Cakap Inggeris Tapi Tak Tahu Bahasa Melayu”

Kini memasuki usia empat tahun, Jebat Jayden Ahmad dilihat semakin petah berbicara. Lebih menghiburkan apabila Jebat menggunakan bahasa baku bercakap dengan orang sekeliling.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Nak Main Boling Dalam Kereta, Aksi Jebat Jayden Bikin Terhibur

Malaysiakini melaporkan, ibunya Noor Nabila mahu Jebat benar-benar fasih bahasa Melayu. Malah, ianya satu bonus jika anak mampu bertutur loghat Kelantan.

@noornabila00 Dia tak risau katanyaaa…. #jebatjayden #kidsoftiktok #fypシ゚viral #fyp ♬ original sound – Noor Nabila

Dia sangat petah bercakap sebab Sharnaaz selalu bersembang dengan dia… dah macam cakap dengan orang dewasa. Ni fasa yang sangat menyeronokkan.

Saya biasa cakap Kelantan manakala Sharnaaz bercakap Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Nabila mengakui sedih apabila ramai pelajar Melayu kini lebih mengutamakan bahasa Inggeris hingga gagal menguasai bahasa kebangsaan dengan baik.

Katanya lagi, bahasa Melayu adalah bahasa ibunda, jadi kelihatan agak ‘pelik’ jika bangsa Melayu sendiri tidak fasih berkomunikasi.

Apabila jumpa orang Melayu yang memang muka Melayu (tak ada darah campuran) tapi cakap Melayu ada slanga atau tak fasih, saya rasa sedih.

Ahli perniagaan yang merupakan isteri kepada usahawan Engku Emran ini turut berkongsi pengalaman adiknya, Faliq Khan.

Jelasnya, Faliq bercakap bahasa Melayu di rumah tapi berubah mendadak apabila mula ke sekolah. Dia mula berbahasa Inggeris sehingga tak mahu cakap bahasa Melayu langsung sekarang.

Jadi, saya tak nak Jebat jadi orang Melayu yang boleh berbahasa Inggeris tapi tak tahu berbahasa Melayu

Menurut Nabila lagi, dia dan ahli keluarga yang lain memang guna bahasa Melayu sahaja di rumah.

Kredit: Malaysiakini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas