Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Cemburu, Tapi..” – Dituduh Tak Sebulu Dengan MK, Ini Respon Balas Noki

Oh! Artis

“Saya Tak Cemburu, Tapi..” – Dituduh Tak Sebulu Dengan MK, Ini Respon Balas Noki

Kumpulan K-Clique mula mendapat perhatian umum lebih-lebih lagi bagi penggemar muzik tempatan walaupun bermula dengan konsep indie.

ADVERTISEMENT

BACA: MK K-Clique Jumpa Pakcik Hadi, Berniat Hendak Beri RM50K

Sejak tahun 2019, nama kumpulan ini melonjak naik dengan hasil lagu Bossku yang sudah mencatatkan angka tontonan mencecah 8.8 juta sejak ia diterbitkan.

Ahli kumpulan K-Clique ini ialah seramai lapan orang yang terdiri daripada MK, Noki, Tuju, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello, dan NastyNas.

Noki K-Clique Tak sebulu dengan MK?

Disebalik kejayaan kumpulan ini mencipta nama dalam industri muzik, timbul pula sebuah gosip melibatkan ahli kumpulan mereka yang tidak sebulu antara satu sama lain.

Noki K-Clique

Dua anggota K-Clique, Noki dan MK yang juga menjadi calon awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 yang mempunyai aura tersendiri sehingga menjadi kegilaan ramai.

Bagaimanapun, timbul pula gosip bertebaran mendakwa Noki atau nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan Aji yang mencemburui populariti diraih MK.

Ketika MK sedang berjinak-jinak dalam dunia lakonan apabila membintangi drama The Hotel, Noki turut membintangi drama Oh My Hantaran hasil arahan Shuhaimi Lua.

Noki tepis dakwaan tidak sebulu dengan MK

Disebalik gosip itu, Noki bagaimanapun menepis dakwaan tidak sebulu dengan MK ketika menghasilkan single terbaharu berjudul Payung Pelangi.

Memetik laporan Berita Harian, Noki menyatakan bahawa tiada istilah cemburu antara dirinya dengan MK dan hanya mahu bersaing secara sihat.

Sebenarnya, tiada istilah cemburu. Ia lebih kepada bersaing secara sihat dan meneruskan survival. Ikutkan MK lagi ramai pengikut dalam Instagram (IG) hingga mencecah jutaan.

Saya pula hanya ratusan ribu pengikut dalam IG. Soal berlakon saya anggap lebih kepada mencuba nasib. Lagipun, MK turut membintangi drama Oh My Hantaran.

Lagu Payung Pelangi merupakan hasil ciptaan bersama Noki dan MK yang dilancarkan di platform digital sejak 9 September dan boleh ditonton di laman YouTube.

Idea menghasilkan single Payung Pelangi timbul apabila mendapat tawaran membintangi drama Oh My Hantaran.

Saya harap lirik Payung Pelangi mampu memberikan semangat kepada rakyat Malaysia.

Hanya berserah dicalon bersama artis ternama

Menurut Noki, betanding atas kapasiti dua pencalonan awal kategori Artis Kolaborasi dalam ABPBH 34, Noki mengakui hanya berserah.

Hal itu selepas melihat nama-nama yang dicalonkan bukanlah calang-calang artis yang turut mendapat perhatian peminat tanah air.

Melihat calon awal kategori ini, nyata bukan calang-calang yang artis bertanding. Soal membolosi Top 5 dan menang, keinginan ini pasti ada buat semua artis yang bertanding.

Cuma, pada akhirnya kuasa undian peminat yang mengangkat seseorang artis.

Selain itu, Noki juga sempat berseloroh untuk dicalonkan dalam kategori pelakon pula selepas pertama kali berlakon dalam drama Oh My Hantaran.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

To Top