Connect with us

Oh! Media

MK K-Clique Jumpa Pakcik Hadi, Berniat Hendak Beri RM50K

mk k-clique

Oh! Artis

MK K-Clique Jumpa Pakcik Hadi, Berniat Hendak Beri RM50K

Semakin ramai yang tampil termasuk MK K-Clique untuk bertemu pakcik Hadi, seorang warga emas yang tular menunjukkan dirinya telah dilayan kurang baik dengan seorang usahawan bernama Carl Samsudin.

ADVERTISEMENT

BACA: Peguam Dakwa Ada Pihak Cuba Jatuhkan Usahawan Carl Samsudin

Penyanyi rap, MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Bin Hamdan turut berasa tidak puas hati melihat video yang tersebar sebelum ini. Luahan itu dikongsikan di Instagram story yang penuh emosi dan turut menyatakan niatnya mahu memberi RM50,000 kepada pakcik Hadi.

pakcik hadi mk k-clique

MK yang tidak dapat menahan emosi itu bagaimanapun telah tampil membuat permohonan maaf kerana menggunakan bahasa kesat.

mk k-clique

MK memaklumkan bukan sikapnya untuk masuk campur urusan orang lain tetapi kali ini dia tidak dapat menahan diri. Dia terpaksa bersuara kerana terbayangkan pakcik Hadi seperti bapanya sendiri kerana dirinya juga datang dari keluarga susah.

Dalam perkongsian terbaru MK di aplikasi Tiktok, dia telah berjaya jumpa secara terus dengan pakcik Hadi di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. MK turut meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatan pakcik Hadi dan semoga dimurahkan rezeki.

@.hairiwhuut

semoga pakcik Abdul Hadi sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki selalu . amin 🙏🏻 ##fyp ##fypシ゚viral

♬ Ayah – Seventeen

MK bagaimanapun tidak kongsikan secara terperinci bantuan yang diberikan dalam perjumpaan itu kerana perbualan mereka tidak dapat didengari. Apa yang pasti, semoga yang terjadi ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Hormati orang tua tidak kira rendah atau tinggi darjat mereka, kita semua sama disisi Allah.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas