Connect with us

Oh! Media

“Saya Spin Benda Tu Dalam Keadaan Saya Tidak Mengetahui” – Jamal Abdillah

20221109 151842 0000

Oh! Artis

“Saya Spin Benda Tu Dalam Keadaan Saya Tidak Mengetahui” – Jamal Abdillah

Dalam kehangatan pilihan raya akan datang, penyanyi tersohor, Jamal Abdillah telah tampil memohon maaf kerana didakwa menyebarkan fitnah bagi parti politik DAP. Eh yeke?

BACA: “Kita Tolak Sepenuhnya DAP” – Didakwa Sebar Fitnah Politik, Jamal Abdillah Dikecam Netizen

Baru-baru ini, penyanyi itu didakwa telah membuat satu video yang berunsur propoganda politik menentang parti DAP dan bertujuan menasihati masyarakat dalam membuat pilihan.

IKLAN

Mohon maaf

@zettydja_ #awas #viralvideo #fypシ゚viral ♬ original sound – zettyDja

Disebabkan video dakwaannya itu telah tular di media sosial, penyanyi itu telah tampil untuk memohon maaf terutamanya kepada parti berkenaan.

Saya spin benda tu dalam keadaan saya tidak mengetahui hal politik. Sebagai rakyat Malaysia memang lah kita tidak mahu perkara-perkara ini berlaku. Apa pun, kepada DAP khususnya saya mohon ampun maaf atas kesilapan saya dah lakukan. – Jamal

Menurutnya, permohonan maaf ini diharap tidak lagi menimbulkan salah faham atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan juga kepada parti politik tersebut.

Rasa bimbang

Image 61

Jamal Abdillah juga berkata kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah atas dasar kebimbangan kepada generasi yang akan datang.

Kita sama-sama nilaikan adakah benar apa yang saya cakap tu. Sebagai seorang rakyat tu memang rasa macam jugak keadaan tu berlaku kan. – Jamal

Nampaknya beliau pun dah mohon maaf, diharap pembaca Oh! Media pun jangan ‘spin’ cerita juga lah yaa.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas