
Oh! Artis
“Saya Selalu Migrain, Tak Boleh Kena Panas” – Shima ‘Teringin’ Akhirnya Buka Tudung
Tiada angin tiada ribut, penyanyi popular Shima mengejutkan peminat apabila tampil dengan imej tidak bertudung.
BACA: Shima Bersyukur Dengan Rezeki Yang Ada Di Depan Mata
Menerusi satu rakaman video di TikTok, penyanyi itu dilihat berambut pendek berbaju T merah memohon para peminat mengikuti akaun media sosialnya.
Perkara itu disahkan Shima sendiri menerusi respon balas kepada pertanyaan seorang netizen di ruangan komen.

Terbaru, mStar melaporkan Shima rupa-rupanya sudah lebih 3 tahun tidak berhijab disebabkan faktor kesihatan.
Saya selalu berdepan migrain, jadi saya tak boleh kena panas sebab saya ada alahan. Selepas dapatkan nasihat dari doktor dan berbincang dengan suami, saya buat keputusan untuk buka tudung.
Penyanyi veteran yang popular dengan lagu Teringin ini menjelaskan dia bukan suka-suka mahu tampil dengan imej free hair.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Tiktok shima.teringin | mStar
