Connect with us

Oh! Media

“Saya Sedar Saya Orang Biasa, Tak Ada Pengaruh” – Bekas Isteri Sam Bunkface Serah Kepada Mahkamah

Anak Sam Bunkface

Oh! Artis

“Saya Sedar Saya Orang Biasa, Tak Ada Pengaruh” – Bekas Isteri Sam Bunkface Serah Kepada Mahkamah

Berkenaan isu meminda nafkah anak, bekas isteri Sam Bunkface iaitu Aida Azira Hussin menyerahkan segala keputusan kepada mahkamah.

Aida juga enggan mengulas kepada pendedahan Sam mendakwa anak mereka, Maleeq kini dijaga neneknya di Melaka.

BACA: Bekas Isteri Tuduh Macam-Macam, Sam Bunkface Jawab Semua Lengkap Dengan Bukti

IKLAN

Memetik sumber Berita Harian, Aida berkata dia tak mahu memanjangkan lagi isu ini dan melukakan mana-mana pihak.

Saya tak nak komen apa-apa. Saya sedar hanya orang biasa dan tiada pengaruh. Jadi, sekarang tidak perlu saya mendedahkan perbualan WhatsApp atau seumpamanya kerana tak perlu untuk saya panjangkan perkara ini.

Wanita ini percaya orang ramai akan mengetahui kebenaran sebenar berhubung kes ini kelak.

Bekas isteri Sam Bunkface tak setuju dengan permohonan pinda nafkah anak

Bekas Isteri Sam Bunkface

Dalam pada itu, Aida menasihati para wanita supaya faham undang-undang dan hak sebagai ibu.

Insya-Allah, hakim dan peguam akan tahu hakikat sebenar, begitu juga orang sekeliling pun akan tahu juga nanti.

Jadi, selagi boleh pertahankan, kita harus pertahankan hak. Ibu mana yang mahu berjauhan dengan anak.

Segala keputusan saya buat adalah demi kepentingan dan kebajikan anak.

Terdahulu, Aida difahamkan tak bersetuju dengan permohonan Sam Bunkface untuk meminda nafkah anak.

Aida memohon bekas suaminya menunjukkan bukti jika benar pendapatan terjejas kerana berdasarkan perkongsian di media sosial, ianya adalah sebaliknya.

BACA: Isu Nafkah Anak, Bekas Isteri Minta Sam Bunkface Tunjuk Bukti Pendapatan Terjejas

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas