Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Saya Reda Dengan Takdir..” – Selepas Rumah Musnah, Ebby Yus Dikejarkan Pula Ke Hospital

Terdahulu, pelawak terkenal, Ebby Yus menjadi salah seorang yang terkesan dengan bencana banjir sehingga memusnahkan keseluruhan ‘mahligai impiannya’ di Hulu Langat, Selangor.

BACA: Nabil Dan Kak Lina Sebak, Ebby Yus Kongsi Detik Rumah Musnah Akibat Banjir

IKLAN

Rumah hasil titik peluh selama 30 tahun dalam industri itu ‘lenyap’ dibawa arus banjir sehingga terpaksa menanggung kerugian mencecah hampir RM200,000.

Sebelum ini juga, pelawak berusia 56 tahun itu pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital oleh kerana masalah kesihatan yang dihidapinya seperti penyakit lemah jantung dan buah pinggang.

Hal itu termasuklah ketika rombongan ke Mekah pada Oktober lalu yang mana dia mengalami serangan jantung semasa berada di dalam pesawat.

Ebby Yus hadapi dugaan lagi, terpaksa dikejarkan ke hospital

Terbaharu, Ebby Yus sekali lagi ditimpa dugaan selepas dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini akibat masalah paru-paru berair yang dihidapinya sejak empat hari lalu.

Menurut Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, dia yang telah selesai menjalani ujian imbasan sinar-X masih menunggu keputusan penuh daripada doktor.

Selain itu, pelawak berkenaan turut berharap agar keputusan imbasan tersebut dalam keadaan baik bagi mengelakkan berlaku sebarang jangkitan yang teruk.

Ebby Yus pernah dikejarkan ke hospital akibat lemah jantung pada tahun 2017.

Harap-harap keputusan imbasan nanti ‘bersih’. Kalau tidak, besar kemungkinan, paru-paru kena cucuk atau tebuk untuk keluarkan air bagi mengelakkan apa-apa jangkitan yang lebih teruk.

Tidak mahu dianggap raih simpati, hanya minta doa orang ramai

Dalam pada itu, dia juga turut meminta orang ramai agar mendoakan kesihatannya selain menolak persepsi bahawa dirinya ingin meraih simpati netizen.

Saya taknaklah orang cakap saya cerita ini sebab nak raih simpati tapi saya percaya dengan kuasa doa, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja.

Walaupun sering menghadapi musibah, namun Ebby Yus tetap reda akan perkara tersebut selain mengakui setiap dugaan yang berlaku terkandung seribu satu hikmah tersendiri.

Ebby Yus.
Ebby Yus.

Saya reda dengan takdir Allah. Tapi, saya reda bukan bermakna saya berpeluk tubuh. Saya percaya apa yang berlaku, ada hikmahnya.

Kita merancang tetapi yang tentukan segala-galanya Allah SWT. Kalau Dia izinkan rasa sakit itu sembuh atau kepayahan hidup itu diangkat, dengan izin-Nya pasti ia akan berlaku.

Bagaimanapun, keadaan terkini pelawak itu masih tidak diketahui dan berharap agar Ebby Yus sentiasa diberikan kesihatan tubuh badan serta dipanjangkan umur. Insya-Allah.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas