Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Saya Pernah Digelar Lembu” – Misha Omar Dedah Pengalaman Ketika Awal Karier

Suara yang lunak serta merdu! Itulah gambaran jika seseorang mendengarkan nyanyian daripada seorang penyanyi terkenal, Misha Omar, setiap kali melakukan persembahan.

BACA: 735 Tiket Konsert Terjual, Misha Omar Dimarahi Peminat?

IKLAN

Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah binti Omar setakat ini telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah mempunyai koleksi 8 piala anugerah Juara Lagu (AJL).

Baru-baru ini juga, penyanyi berusia 39 tahun itu menjayakan konsert khas diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan Bersama Bintang di Panggung Sari, Istana Budaya.

Tidak disangkal lagi, nyanyian penanyi itu berjaya menambat hati peminat melalui lebih 15 lagu popularnya selain turut menyelikan slot tribute kepada tiga penyanyi tanah air iaitu Datuk Sharifah Aini, Sudirman dan Siti Sarah.

Misha Omar pernah digelar ‘lembu’ semasa awal karier

Walaubagaimanapun, penyanyi versatil itu turut mendedahkan beberapa pengalaman dirinya ketika baru menapak dalam industri seni sekitar 20 tahun yang lalu.

Kisah itu dikongsikan olehnya ketika ditemui di Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan yang mana dirinya pernah digelar lembu ketika awal karier nyanyian.

Lebih mengejutkan, panggilan itu diberikan oleh pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS ketika mereka berdua mula bekerjasama dalam bidang tersebut.

Sepanjang karier saya selama hampir 20 tahun, itu pertama kali saya digelar sebegitu. Pada awalnya jujur agak terasa, tetapi saya langsung tidak simpan dalam hati.

Bagaimanapun, dia menyatakan bahawa panggilan itu bukanlah tujuan untuk menghina, tetapi kerana dirinya yang agak perlahan dalam mempelajari ilmu nyanyian.

Panggilan ‘lembu’ itu pun saya terima sebab saya sedar memang dahulu agak slow dan bukan seorang yang cepat belajar lebih-lebih lagi selok-belok dalam nyanyian.

Terus jadi pemangkin semangat untuk meneruskan kerjaya nyanyian

Penanyi lagu ‘Sampai Bila’ itu menambah, sejak dari kejadian itu, dia terus memasang impian selain terus berusaha dalam mengukuhkan kerjaya nyanyiannya.

Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram kerana menjadi pemacu semangat buat dirinya.

Kalau tidak kerana gelaran tersebut, mana mungkin saya bertahan hingga ke hari ini. Mana mungkin saya boleh berdiri di atas pentas hebat begini.

Jadi terima kasih Tok Ram atas gelaran itu. Kami artis lama-lama ini jenis hati kering dan bukan cepat simpan dalam hati, apatah lagi berdendam. Kami jadikan benda itu sebagai satu penguat semangat.

Misha juga sempat memberikan nasihat kepada penyanyi baharu agar tidak mudah berputus asa serta jangan mudah terasa jika menerima sebarang teguran.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas