Connect with us

Oh! Media

735 Tiket Konsert Terjual, Misha Omar Dimarahi Peminat?

misha omar

Oh! Artis

735 Tiket Konsert Terjual, Misha Omar Dimarahi Peminat?

Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah binti Omar merupakan seorang penyanyi pop wanita yang terkenal dengan lagunya, Bunga-bunga cinta.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Berharap Dikurniakan Baby Girl” – Misha Tidak Berputus Asa Mendapatkan Zuriat

Misha Omar bukan sahaja menangis terharu apabila berjaya menjual 735 keping tiket Konsert Orkestra Simfoni, namun, Misha juga turut menitiskan air mata apabila dimarahi oleh segelintir peminatnya yang tidak sempat untuk membeli tiket ke konsertnya itu.

Berasa bersalah

misha omar

Menerusi laman Kosmo, Misha atau mesra disapa Kak Mitch mengakui rasa bersalah terhadap peminatnya yang gagal mendapatkan tiket konsertnya yang sudah habis terjual.

Alhamdulillah tiket konsert saya sebanyak 735 keping habis terjual. Saya bersyukur. Tapi saya sedih juga sebab ada yang memarahi saya kerana tidak dapat membeli tiket walaupun telah beratur berjam-jam.

Saya betul-betul minta maaf. Rasa sangat bersalah dengan peminat saya yang tidak dapat menonton konsert saya nanti kerana kehabisan tiket. Saya mohon maaf atas apa yang terjadi kerana diluar bidang saya.

Misha kelihatan sedih dan banyak menangis mengenangkan nasib kekecewaan yang dirasai oleh peminatnya yang tidak dapat sama-sama menyertai konsert yang bakal dilangsungkan di Istana Budaya itu.

Kalau saya yang uruskan tiket itu, saya mahu semua peminat saya datang menonton konsert. Kerja saya adalah sebagai penyanyi. Bab menguruskan tiket diluar bidang saya.

Saya sedih atas apa yang berlaku. Sedih apa yang anda lalui, sedih tidak dapat bersama peminat-peminat yang betul-betul mahu menonton konsert saya.

Menafikan tuduhan memborong

Setelah semua tiket habis terjual, ada juga segelintir masyarakat yang menuduh Misha memborong lebih daripada 100 keping tiket untuk diberikan kepada ahli keluarganya. Misha menafikan tuduhan yang diterima itu.

Saya ada terdengar cakap-cakap yang kata saya block lebih 100 keping tiket untuk keluarga sendiri. Kenapalah saya nak buat konsert untuk keluarga? Baik saya nyanyi karaoke sahaja.

Misha juga berharap pada masa akan datang, dia diberikan peluang untuk mengadakan konsert buat peminat yang kecewa tidak dapat membeli tiket pada kali ini.

Pihak Istana Budaya hanya mengeluarkan 735 keping tiket berbanding 1,400 kapasiti penuh tempat duduk kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Konsert solo itu bakal berlangsung pada 30 Oktober 2021.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas