Oh! Artis
“Saya Masih Dalam Proses Belajar” – Isteri Fikry Ibrahim Jelaskan Isu On Off Bertudung
Isteri kepada Fikry Ibrahim menjelaskan isu on off bertudung, mohon didoakan yang baik-baik.
Perkongsian isteri kepada pelakon Fikry Ibrahim, iaitu Khalizah Alihan, baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen selepas tampil menjelaskan mengenai isu pemakaian tudung yang menjadi tanda tanya segelintir pihak.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Khalizah tampil memakai pakaian serba hitam lengkap dengan selendang di kepala.
Masih belajar dan cuba jadi lebih baik

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah kapsyen menyentuh hati yang ditulis sebagai penjelasan ikhlas dari hatinya.
Menurut Khalizah, dia sedar ada yang perasan dirinya masih belum sepenuhnya mengenakan tudung.

Namun, jelasnya lagi, ini adalah satu perkara yang sangat peribadi dan dia masih dalam proses pembelajaran serta perbaiki diri.
Saya masih dalam perjalanan untuk belajar, berkembang dan cuba menjadi lebih baik setiap hari secara rohani dan emosi.
Khalizah turut memohon doa daripada semua agar dirinya terus kuat dan diberi kekuatan untuk menjadi insan yang lebih baik.
Pssttt! Tidak semua orang melalui fasa perubahan yang sama. Perjalanan untuk menjadi lebih baik memerlukan masa dan sokongan, bukan kecaman.
Kredit: TikTok @khalizah_alihan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.