Connect with us

Oh! Media

“Saya Jatuh Terduduk..” – Hilang Pendapatan, Shuk Sahar Janji Tidak Akan Curang Lagi

shuk sahar

Oh! Artis

“Saya Jatuh Terduduk..” – Hilang Pendapatan, Shuk Sahar Janji Tidak Akan Curang Lagi

Pastinya ramai yang masih mengingati kisah kecurangan Shuk Sahar yang tular di serata media sosial selepas isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan hal tersebut di laman Instagram miliknya.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Terima Kasih Tinggal Aku & Anak-Anak’ – Isteri Dedah Shuk Sahar Kantoi Curang Lagi?

Selepas dua kali terpalit dengan kontroversi yang sama, ianya nyata memberikan impak yang besar terhadap karier seni lelaki itu. Bahkan namanya kini semakin tenggelam di daripada dunia hiburan.

shuk sahar

Malah Shuk sendiri mengakui bahawa pendapatan utamanya terjejas akibat kontrak di stesen radio Hot FM yang ditamatkan dua tahun lebih awal daripada tarikh asalnya.

“Ya, sudah tentu saya tak akan melakukan perkara sama (curang). Apa yang berlaku itu benar-benar memberi kesan kepada kehidupan saya. Sejujurnya, saya jatuh terduduk… boleh dikatakan saya hilang gaji setahun selepas diberhentikan daripada stesen radio.”

Lagi pula, duit simpanannya telah dihabiskan untuk ubah suai rumah.

“Kebetulan pula, duit simpanan saya sudah habiskan untuk ubah suai rumah sebab ingatkan kontrak dengan radio akan tamat 2023. Bukan sahaja saya hilang kerja di radio, tapi beberapa tawaran untuk program TV pun ditarik semula.”

View this post on Instagram

A post shared by shuk_sahar (@shuk_hotfm)

Shuk bagaimanapun tetap memanjatkan rasa syukur kerana masih mampu mengekalkan hubungan yang baik dengan keluarga dan menganggap kesan tersebut merupakan ‘harga yang perlu dibayar’ olehnya.

“Tapi saya tetap bersyukur sebab selepas apa yang terjadi, hubungan dengan isteri semakin rapat. Saya juga dapat semula
keluarga. Saya anggap kehilangan beberapa tawaran kerja adalah harga yang perlu saya bayar.”

Shuk kini dilihat sibuk dengan perniagaan miliknya iaitu sebuah kafe air minuman dan manisan, Semooth.

Semoga hal ini menjadi pengajaran buat Shuk dan juga semua.

Kredit: mStar Online

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas