Oh! Artis
“Saya Harap Saya Ada Sedikit Lagi Masa Untuk Peluk Dan Berterima Kasih” – Zizie Izette
Zizie Izette luah rasa sedih kehilangan suami tersayang, kongsi detik akhir dan kata-kata menyentuh hati.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Stories, pelakon Datin Seri Zizie Izette meluahkan rasa sedih yang begitu mendalam terhadap pemergian suami tercinta, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
BACA: Zizie Ezette Kongsi Coretan Sebelum Pemergian Bung Moktar
Dalam hantaran itu, Zizie menggambarkan betapa besarnya pengorbanan dan kasih sayang insan tersebut terhadap keluarga mereka.
Zizie cerita sosok mulia suami yang banyak berkorban
Zizie dengan penuh rasa sedih berkata, suaminya sering mengalah dengan anak-anak serta sentiasa berusaha menggembirakan orang sekeliling
Malah, Allahyarham juga seorang yang berhati mulia, suka bersedekah, menjaga solat dan sentiasa bertasbih walau di mana berada.

Zizie turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat memberikan penghargaan terakhir.
Tonight I feel completely lost, wishing I had just a little more time to hug him and tell him, and to thank him properly for everything he has done for our family.
Terdahulu, Ahli Parlimen Kinabatangan itu meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu pada usia 66 tahun akibat kegagalan buah pinggang.
Pssttt! Kesedihan paling berat adalah apabila kita rasa belum sempat berterima kasih, belum sempat memeluk, dan belum sempat mengucapkan kata terakhir kepada insan yang kita sayang. Semoga Zizie dan keluarga arwah diberikan ketabahan.
Kredit: Instagram Zizie Izette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM